Wednesday, 3 July 2019

syawal 2019

Hari ini dah 29 syawal tapi esok masih ada lagi open house. Tepek sikit gambar 1 syawal. Oh sebelum tu nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin yang mengenali diri ini. 













   




Family aku


Family suami


Tema tahun ni colour purple

Monday, 25 February 2019

Kenangan & TRAUMA : 18 Oktober 2018

Tanggal 18 Oktober 2018 merupakan kenangan dan TRAUMA bagi aku sekeluarga.


Jam 4.15 pagi pintu bilik aku diketuk. Masa tu hujan renyai sedap tidur. Bila aku tersadar terus bangun dan buka pintu bilik terus dan diacukan sebilah parang panjang dan bertopengkan muka. Allahuakbar!!! menjerit la sekuat hati sambil berlawan tolak pintu. Sambil bergasak terpandang mama duduk dikerusi hadapan bilik aku dengan wajahnya seperti kesakitan (wallahualam dalam hati taktau sebenarnya apa terjadi sebab dalam keadaan mamai). Rupanya rumah di masuk 3orang pencuri yang semua bersenjatakan parang, muka tertutup dan tangan bersarung. Aku bagi pencuri bodoh tu masuk sebab dah nampak mama kalau tak nampak dah lama aku mempertahankan diri tak bagi masuk. 

Dapat masuk jek pencuri bodoh tu baru la suami tersadar dan terus diikat tangan suami. Time tu juga Iman sadar tapi peliknya boleh tak nangis pulak. Taktau la kalau dah bomohkan ke anak aku tu sebab tak nangis langsung. Memang pelik. Geledah la si perompak bodoh tu. Handfone, duit Iman dengan suami perompak bodoh tu amek ambil tapi paling sedih gelang emas yang aku beli sendiri hasil susah payah kumpul duit gaji dengan rantai kahwin. Allahu...yang ni memang aku tak halalkan dunia akhirat. Nasib la time perompak bodoh tu tak perasan mangkuk kaca dekat meja solek dalam tu ada 3 bentuk cincin. Itu jek la kenangan yang ada sebab cincin tu cincin merisik dengan cincin tunang. Oh dengan jam warna emas jenama roscani aku pun dikebas. Tu pun beli sendiri juga. Kad atm dengan kad kredit suami pun dirembatnya.


  bilik aku kena geledah cari wallet aku tapi tak jumpa



nampak tak bersepah atas katil. Bekas jarum pun perompak bodoh tu campak macam tu jek atas katil. TAKDE OTAK!!!


Tapi perompak bodoh walaupun dah dapat macam-macam tapi still tak puas hati sebab tak dapat wallet aku. Nasib la simpan dalam kereta suami. Tak dapat siap ugut lagi kalau jumpa teruk aku kena tapi aku tak heran pun sebab memang takde dalam rumah aku cakap dekat tertinggal dekat ofis.



dalam laci tu la simpan emas tiruan. HAHA!! padan muka ko perompak BODOH!!!



Rupaya-rupanya masa perompak bodoh umpil pintu dapur mama dengan papa tak sadar langsung (mungkin kena pukau) dan perompak bodoh tu masuk bilik geledah dengan bilik terang benderang pun still tak sadar sampai la perempok bodoh tu kejut papa baru la dorang sadar. Memang kitaorang anak beranak kena pukau tau. Subhanallah. Dah lepas perompak bodoh tu kejut mama papa mintak lagi barang kemas nasib la dalam keadaan terkejut mama boleh berpikir tunjuk barang kemas yang tiruan punya siap cakap memang tak suka pakai barang kemas dan memang takde barang kemas. Pulak tu boleh percaya pulak perompak bodoh yang memang bodoh sangat. ish geram pulak rasa!!


                                                   
masuk bilik mama bawa keluar semua beg selongkar beg dekat dapur. Dekat sini dah dapat 2k.


Kononnya dah puas apa yang perompak bodoh tu dapat tarik tangan mama suruh ketuk pintu bilik aku itu yang aku sadar dan buka pintu bilik tetau ada parang depan mata. Kerugian wang ringgit lebih kurang 2k lebih, barang kemas lebih kurang 4k dengan handfone 4 biji. 


Jam 4.30pagi lebih kurang dalam setengah jam la perompak bodoh tu dalam rumah aku. Dah dapat macam-macam perompak bodoh tu nak keluar mama jerit sekuat hati sambil kejar perompak tu nasib la sempat halang sebab takut perompak tu patah balik di apa-apakan mama. Suruh stay kejap biar lari jauh baru lah suami mintak tolong pakusu pinjam fone kol polis. Rupanya masa perompak bodoh tu masuk rumah polis tengah meronda tapi boleh tak terserempak. 


Tak lama lepastu pihak polis datang amek keterangan dengan beberapa orang kampung. Lepas kejadian tu setiap malam orang kampung ronda setiap lorong dan selang beberapa minggu kejadian yang sama berlaku 3orang perompak juga dengan bentuk fizikal yang sama dan sampai sekarang perompak tu tak dapat ditangkap dan takde cerita lagi orang masuk. Mungkin tengah holiday kot perompak tu. Holiday dengan duit haram. Kalau dikirakan lebih 5buah rumah kena. Oh sebelum raya cina haritu pun perompak yang sama masuk hampir 10k juga dapat. Masyuk!!


Walaupun dah berbulan kejadian tu jadi tapi sampai sekarang kalau dalam bilik berkunci ada orang ketuk pintu. Memang part tu paling tak boleh lupa walaupun adik beradik ke mama ke papa ke suami ketuk pintu waktu siang. Trauma tu masih ada. Suasan pun masih segar dalam ingatan. Apa yang perompak bodoh tu amek bukan hak milik dia memang aku tak halal kan. Merangkak la ko cari aku anak beranak mintak maaf.

Saturday, 3 November 2018

Penang 4hari 3malam

minggu lepas hari rabu hingga sabtu keluarga aku berjalan ke Penang nun jauh di sana. Tujuan ke sana sebenarnya adik aku konvo dekat USM alang-alang berjalan terus. Cerita pasal konvo next post ye.


Ni kali ke dua la aku pergi Penang. First masa daftar adik aku masuk USM kali kedua masa konvo. First time pergi kitaorang adik beradik bawa kereta pergi Penang. Tak berjalan sangat pun. Kali kedua 4 hari dekat Penang. Tapi kalini kitaorang naik flight. Perjalanan dari JB ke Penang 30minit jek. Tak sempat tidur tetau dah sampai da. Kalau bawa kereta jenuh kebas bontot. Haha..


Rabu
flight tiket pukul 12.50. Macam biasa la kena sampai awal. check in papa dulu sebab wheelchair. Kitaorang dah check in awal. Dalam adik beradik aku sorang jek tak pernah naik flight. Hahaha..Ni pengalaman pertama la bagi aku.






Dekat airport senai



Sampai Penang lebih kurang 1.25 petang. Sampai sana kitaorang naik kereta sewa. Satu hari sewa RM100 ambil dua kereta saga. Terus ke homestay. Dari airport dengan homestay lebih kurang 13minit macam tu. Summerton Queensbay Condo dekat Bayan Lepas. Satu malam RM400 ada 4bilik 4bilik air. Dapur yang cukup luas tempat makan pun luas. Peralatan dapur dengan mesin basuh semua ada. Kiranya berpuas hati la dengan harga.



Baru sampai Penang



Sementara menunggu lif homestay



Lepas asar kitaorang makan dekat Kapitan. Lepas juga ngidam nak makan sini. Oder roti nan garlic cheese ayam tandori tapi yang dapat roti garlic ayam tandori cheese nya hilang ntah kemana. Hahaha..yang ada makan chicken malani nasi briyani dengan roti nan cheese ayam tandori. Roti nan garlic memang sedap. Kena tekak.




Tangan tu mesti nak interframe juga


Nasi briyani


Nasi malani (agaknya kot nama dia). Yang ni sedap. Kuah kuning dekat ayam tu sedap.



Lepas makan dekat kapitan kitaorang gerak ke tesco. Memborong la segala jajan maggie air kotak biskut roti apa semua. Total semua rm200 gak. Hahah..sakan semua benda nak masuk dalam troli.






Khamis
Pagi tu adik aku konvo sesi pagi. Nasib la sesi pagi.  Habis dalam lebih kurang 11pagi macam tu. Dah setel amek gambar pergi Queensbay makan lunch. Kalau ikutkan tentatif program tengahari makan dekat Restoran Hameediyah tapi yang lain semua taknak makan sebab tak kena tekak tu yang terus ke Queensbay makan dekat chicken rice shop jek. Kah!








Congrats cik patin degree sivil



Lepas makan gerak balik homestay berehat sebab panas berdenting. Dengan Iman lagi umi dengan ayah naik pengsan. Lepas asar baru keluar balik pergi Street Art Penang tapi tak dapat pusing habis sebab sampai dah 6lebih. Pusing ambil gambar mana yang dapat jek la. Malam tu cari makan pasembur dekat Gani Famous Pasembur tapi tutup pulak jadi makan dekat area situ jek.
Tempat pasembur yang kitaorang makan sangat mengecewakan. Oder char kuew tiaw sangat la tak sedap. Oder dua kedai pasembur satu kedai kuah dia hangit satu lagi okeh okeh la..
















Jumaat
Sarapan pagi dekat roti canai ayam cheese Gemas Road. Fuh mantop. Kuah banjir. Telur mata kerbau goyang. Sekeping cheese. Hirisan bawang. Meletop rasa dia. Memang ngam. Kari dia pedas-pedas gitu. Ni tengah taip pun terliur. Adoiiaiii..orang memang ramai giler okeh..



Adoii terus ngences


Lepas sarapan bergerak terus ke Bukit Bendera. Orang ramai juga ni padahal hari jumaat bukan cuti sekolah ke apa. Menunggu lama gak la nak tunggu turn. Bila sampai atas rasa nyaman jek sebab dekat Cameron angin sepoi-sepoi sejuk jek. Naik buggy untuk pusing-pusing kawasan sana. Satu buggy RM30. Naik dua buggy. Boleh muat 5orang dewasa. Best juga la tengok permandangan rasa hilang stress keje. Hahaha..






















Lepas pergi Bukit Bendera kitaorang lunch lagi dekat chicken rice shop (muak rasa sebab dua hari makan benda yang sama). Ikutkan plan makan tengahari dekat ikan bakar din tapi papa taknak makan so kitaorang anak beranak redhooo jek lah. Hehehe.. lepastpu pergi beli kopi dekat Coffe Tree. Malam tu lepak santai dekat homestay jek dok tapu kfc.






White coffee dia memang terbaik. Pekat likat semua cukup rasa. Tapi harga pengsan sikit. Satu pek ada 15sachet RM45. Macam-macam flavour ada semua harga sama




Sabtu
Sarapan dekat homestay sahaja. Dalam pukul 10 macam tu check out terus pergi beli ole-ole dekat jeruk pak ali dekat dengan airport jek.


Kali ni panjang pulak aku menaip. hehehe..Penang boleh dikatakan tempat yang best juga la kalau nak jalan-jalan. Makanan pun ada yang sedap juga. Banyak tempat yang menarik boleh pergi tapi cuma satu jek yang tak best. Dorang bawa kereta macam orang apa tah. Naik seram aku tengok. Memang dok mengucap panjang jek la kalau bawa kereta dekat Penang. Gaya dorang memang macam tu agaknya. huhuhu..