Wednesday, 3 August 2016

Pizza RM5.00

Ini memang kegemaran si suami. Pizza sekeping RM5.00 saiz medium korang pernah makan? Pernah beli? Heeee...


Kalau berjalan dekat jusco bukit indah tak tau pergi mana si isteri pun ngajak "jom b kita makan pizza dekat food court" dengan laju si suami jawab "jooommm!!" Hahaha..


Bukan sedap jek malah murah dan doh pizza dia sangat lembut tak muak. Cheese pun banyak. Kalau makan tu eh, dah habis da. Macam tu la lembut dia sampai tak perasan tengah makan pizza.

Chicken black pepper pizza


Sedap sedap! Murah belaka..belum pernah beli yang besar sekali tu tunggu nanti baru ajak suami makan yang besar sekali..nyum nyum


Ofkos dengan milo ais dia..

Ni tengah menaip macam nak nak jek pizza ni..hikhik

Wednesday, 27 July 2016

First trimester

Oyyeah..


Masa anak dara semua sibuk bila nak kawen? Takde bf lagi ke? Umur dah meningkat? Ada tak menahan tu pandang sinis konon tak laku. Okeh fine. Bukan taknak kahwin tapi jodohnya tak ada lagi. Gitueeww..


Bila dah kahwin bila nak ada anak? Dah ada belum? Hoii ko ingat aku ni dah kahwin 2 3 tahun ke tanpa membuahkan hasil anak! Choii sangat..padahal setengah tahun kahwin pun tak lagi. Hahaha.


Okeh dah merasa soalan bila nak kahwin dan bila nak dapat anak.


Bagi yang friend dekat instagram tau la sudah ada ke belum buah hati jantung pengarang kami. Banyak update dekat instagram. Dekat fb malas nak update sangat sebab macam tak sesuai jek.


Secara official i'm pregnant right now!!


Dah banyak da berabis duit beli pregnancy test kebanyakkanya mengecewakan tapi kali ni alhamdulillah..heee..senyum lebar terus. Sebenarnya memang mengharapkan rezeki anak awal untuk yang pertama. Yang second lambat punn takpe.


Sekarang ni dalam trimester 1. Kandungan dalam 3bulan lebih macam tu. Bulan pertama bulan kedua takde mabuk pun tapi bila nak masuk bulan ketiga dah start mabuk, loya, rasa nak muntah, bau suami pun nak muntah (sian laki aku), masuk kereta sebab bau suami pun macam nak muntah..masuk kereta kena bukak tingkap dulu baru pasang aircond kalau tak macam nak wek wek jek. Lagi apa ek..macam macam lagi la semua tak boleh..selalu cakap dengan suami "sebenarnya tak busuk pun wangi jek tapi hidung ni tak boleh terima..yelah kan tengah berbadan dua banyak benda tak boleh bau.." Suami layankan jek la isteri dia ni.


First scan tak nampak sangat pun..kabur kabur jek..itu masa bulan pertama. Second scan nampak kantung jek itu pun tak jelas sangat. Third scan baru nampak baby..comel jek..nampak kepala baby..nampak tangan baby yang comel gerak-gerak tu..nampak jantung baby..paling best masa scan tu baby macam melompat..Allahu..besar betul kebesaran Allah..tapi baby gerak tak rasa lagi..tunggu kandungan 5bulan..tak sabar nak rasa semua tu..heee...


Barang keperluan baby tak beli pape pun lagi..bulan depan kot baru start beli sikit-sikit. Beli ikut senarai..mana boleh buat sendiri mintak suami buatkan..jimat sikit. Sekarang ni pun tengah senaraikan barang baby dulu.


Korang..doakan yang terbaik eh untuk baby. Doakan semuanya selamat sampai baby keluar.


Kandungan dua bulan lebih


Monday, 11 July 2016

Salam syawal 2016

Raya sebulan kan?

Selamat hari raya aidilfitri..


Raya 1


Raya 2


Raya 4

Raya 5


Dah boleh sambung raya sebab baru start cuti..

Monday, 13 June 2016

Ramadhan sebagai suami isteri 2016






salam ramadhan untuk semua umat islam


hari ini puasa ke-8. kejap jek kan? dan tahun ni sambut ramadhan dan syawal sebagai isteri. kahwin dah pun anak dara sorang ni. hehehe... berlari sana sini untuk berbuka. bila suami cuti buka dekat rumah mak mertua time suami keje buka dekat rumah mama. gitu la gamatnya tahun-tahun mendatang ni..


start tahun ni persiapan raya semua dah lain..dari memilih warna baju raya..berapa helai..duit raya..beraya balik rumah sape dulu..semua jadi lain. kalau tak mana pikir sangat nak balik raya mana apa semua..pikir diri sendiri jek takde pikir orang lain. tapi takpe lalui dengan happy sebab dah ada syurga sendiri. heee..


tahun ni kalau takde pape insyallah puasa cukup macam tahun lepas. harap-harap macam tu lah..


Friday, 20 May 2016

Walimatulurus Alip & Nurul : Part 3 - baget & tips


Sebagaimana entry yang lepas checlist kali ni nak cerita pula pasal BAGET.


Bila nak uruakan sesuatu majlis tak kira la apa majlis sekali pun jangan la sesekali membazir. Membazir itu kan amalan syaiton..nak ke geng dengan syaiton? Hehehe..


Meh aku kongai tips sikit macam mana nak jimat cermat dalam berbelanja. Eceh..

1. Tanamkan niat "sahaja aku menguruskan majlis tanpa boros kerana Allah Taala". Kehkehkeh

2. Selain ada checklist perlu juga ada checklist apa nak dibeli

3. Asingkan mana KEPERLUAN mana KEHENDAK

4. Perbincangan antara dua pihak sangat la penting terutamanya bagi pihak perempuan. HAHAH..paham-paham jek la yek. Si lelaki time ni la mainkan peranan yang penting sebelum jadi realiti. Lalalala..

5. Yang ni baca betul-betul k. Beli sesuatu barang kena la letak harga. Contohnya : beli kasut hantaran kita letak baget la konon-konon rm200 tapi bila time nak beli tu berkenan lebih pada harga baget contohnya rm250 jadi untuk beli barang lain kena beli harga kurang rm50 dari baget asal. Maksudnya beli kasut rm200 dalam baget lepastu beli baju rm200 tapi harga kasut rm250 kan dah terlebih baget rm50..nanti time beli baju beli harga rm150 sahaja. Jangan lebih dari tu.

6. Totalkan semua berapa kos kita perlu habiskan untuk hantaran termasuk bunga hantaran. Macam aku dulu masa kahwin hantaran ada 5dulang jek jadi dalam 5dulang tu aku letak baget rm800 sahaja termasuk bunga hantaran. Tapi berjaya dapat lagi kurang dari baget yang ada. Thumbup sikit!

7. Tak payah la beli barang hantaran tu berjenama. Lepas kahwin boleh beli sendiri. Ukur baju di badan sendiri.

8. Apa bila menguruskan majlis tiada istilah PEMBAZIRAN kecuali kau tu anak orang kaya.

9. Jangan pikir time buat majlis banyak pakai duit tapi lepas majlis lagi banyak pakai duit! Wakakakaka..(gelak nyetan)

10. Bagi orang lelaki terutamanya takya pasang angan-angan nak buat personal loan ke pinjam along ke tak pun pinjam duit makpak korang. Eee tam gentle langsung. Simpan la duit baru nampak macho. Gitchuuww


Itu jek la kot boleh share serba sedikit untuk berjimat. Dulu aku bukannya pandai simpan duit..perabihkan duit pandai la..nasib la ada insan yang selalu ingatkan supaya berjimat. Bila berjimat ada kebaikan.


Okeh untuk tips yang dekat atas ni boleh la korang yang bakal jadi pengantin ke nak tunang ke berangan nak kawen ke sesuai sangat la kan..sekurang-kurangnya aku ni membantu korang. Ingat tau ukur baju di badan sendiri.


Friday, 8 April 2016

Walimatulurus Alip & Nurul : Part 2 - checklist


bagi bakal-bakal pengantin dinasihatkan buat checklist persiapan masing-masing memudahkan kita mana lagi tak siap. sangat important okeh. jangan la buat tak endah takut last minit baru teringat ada lagi tak siap.


checklist ni senang nak tau mana belum setel mana dah setel. boleh catit sekali deposit yang bayar berapa lagi balance. senang. kita boleh manage masa kita setel mana tak setel. senang cerita bakal pengantin WAJIB ada checklist.


macam aku dulu masa nak buat persiapan catit segala macam. takut terlepas pandang. adanya checklist semua persiapan berjalan lancar. checklist share dengan suami. mana persiapan boleh setel sama akan buat sama-sama macam cari baju nikah, bridal, kad jemputan, barang hantaran, kursus kahwin, dokumen, test hiv dll. itu kena setel awal yang selebihnya setel dengan family masing-masing.


nah ni checklist aku masa buat persiapan mana tau bakal pengantin dekat luar sana boleh buat panduan.






bukan masa buat persiapan kahwin sahaja tapi masa tunang pun aku buat checklist sebab takut tertinggal satu part bila nak uruskan jadi kelang kabut.


lepasni nak buat entry mengenai baget pulak. macam ada kait rapat. tunggu yek




Tuesday, 29 March 2016

Walimatulurus Alip & Nurul : Part 1 - dua hati jadi satu

sebelum bercerita panjang nak ucap syukur sangat-sangat dan terima kasih dekat keluarga sendiri dan keluarga mertua sebab menerima antara satu sama lain.


dan paling berterima kasih sangat-sangat dekat syurga aku yang menerima diri ini yang tak sempurna. menerima seadanya walaupun banyak sangat ragamnya. banyak sangat sabar.


dugaan jangan cerita banyak sangat tapi sama-sama hadapi walaupun perit tapi alhamdulillah semua yang dirancang dipermudahkan dan sekarang secara official kami dah sah suami isteri. tq b.


ramai yang tak tau kami berkenalan sampai bapa mertua pun terkejut betul ke tidak kami nak kawin. hehehe.. bukan main terjah tau nak kawin. banyak benda kami pikir banyak benda kami lalui banyak perasaan kami rasa. pokok pangkalnya kami dapat restu kedua belah keluarga. alhamdulillah..memang itu tanamkan diri kawin mesti nak dapat restu kedua keluarga.


past is past. kami dah kenal since sekolah menengah lagi. tak sangka dia jodoh aku. padahal masa sekolah takde pun rasa syg tapi kuasa Allah kan siapa tau...perasaan datang sekelip mata. hadiah aku dapat selama ini aku bersabar. syukur dia terima aku sebagaimana aku terima dia.


doa mama tak pernah putus. bila dimaklumkan ada orang nak masuk meminang mama terkedu seribu bahasa tapi dikalis dengan gelak tawa manja dia. mama ingat anak dia main-main. tak mama kalini betul punya. nurul nak kawin ni. sebelum ni mama selalu usik "bila keluarga dia nak hantar minang" "cepat-cepat hantar minang". macam tu la gaya soalan mama. bila betul-betul tau pulak terkejut. hehehe...


1. meminang

perancangan raya haji tahun lepas tapi anjak seminggu lepas raya haji. rombongan lelaki datang di iringi sebentuk cincin emas. perasaan berbaur. takut. nebes. tak percaya. betul ke keluarga ini datang meminang aku? itu persoalan yang bermain di minda. hanya Allah saja tau apa aku rasa. tetapi dihujung sudut hati kecilku rasa syukur. ini yang aku nak dari dulu. siapa? ye dia, dia jodoh ku walaupun payah untuk dia maklumkan dekat mak dia. tq sayang. semua selesai tanpa sebarang masalah.


2. bertunang

keluarga mertua. time ni baru dua hari lepas operation. masih dalam makan ubat tahan sakit. heee


24 oktober 2015 - kami disatukan dengan ikatan pertunangan. ramai yang hadir dari pihak lelaki termasuk sahabat handai. meriah majlis tunang haritu. makanan pun semua sedap-sedap. habis semuanya. persiapan majlis hanya sederhana sahaja. tiada pelamin mini bagai. simple tetapi meriah.



2. pernikahan


4 mac 2016 - dengan sekali lafaz sah kami menjadi suami isteri. SYUKUR ALHAMDULILLAH. jarak antara tunang dan nikah hanya 5bulan sahaja. masa yang sangat terlalu pendek. memang persiapan kami susun sehabis baik. kami buat semampu yang boleh. semua barang kami beli semua dalam baget sebabnya kami hanya pikirkan selepas majlis. taknak la bazir-bazir buat mana yang mampu jek. heeee...itu semua nasihat dari suami sendiri.


3. bersanding



5 mac 2016 - majlis sanding diadakan di dewan jubli intan. tema kuning silver tapi pengantin taknak pakai kuning silver. nak lain nanti ambil gambar nampak sama jek. heeee... suka sangat warna baju tu. songket. majlis jadi meriah bila tetamu ramai hadir


3. bertandang



 26 mac 2016 - baru beberapa hari lepas majlis bertandang. ramai kawan-kawan suami datang. yang tak dapat hadir hari majlis dorang datang hari sebelum majlis. tema hitam putih. cantik! pelamin pun cantik. tak ramai yang berani buat tema macam ni. ini kehendak suami sendiri nak hitam putih. jangan pikir warna taik cicak tau tapi nampak elegen sangat. serius tak tipu. cuba la. insyallah cantik. cuma berani tak berani jek.


bila selesai sahaja dua majlis terus tenang. dah takde pikir lagi persiapan. lapang dada. apa yang dirancang semua berjalan lancar. takde halangan takde masalah. syukur. majlis buat sederhana saja tapi meriah. terima kasih sangat yang bertungkus lumus baik dari keluar sendiri mahupun keluarga mertua. sekarang dah boleh rehatkan badan. rehatkan minda. 


perasaan? seronok. bukan seronok apa seronok dah boleh jalankan tanggungjawab. seronok bangun pagi sediakan sarapan walaupun secawan air teh o. bila suami makan atau minum yang kita buat habis hanya isteri-isteri jek tau perasaan tu. suami pulak ringan tulang lagi la seronok. 


terima kasih sayang banyak membantu. 
terima kasih sayang melayan kerenah budak-budak isteri awak ni
terima kasih sayang banyak bersabar isteri yang degil ni
terima kasih sayang membimbing isteri awak
terima kasih terima terima saya sebagai isteri awak


setiap perkahwinan pasti ada ikatan janji. ingat janji kita k sayang.


saya tak boleh jadi yang terbaik tapi saya cuba jadi sempurna di mata awak.

Saturday, 16 January 2016

selamat pergi dan selamat pulang


umrah.


tanggal 13hb 12 tahun 2015 mama dan papa berangkat ke klia untuk menunaikan umrah. anak-anak semua berkumpul di klia kecuali teha sebab bini dia tunggu masa nak bersalin. flight delay sejam dari waktu penerbangan sebab hujan lebat dekat kl.


macam biasa la sejam awal kena checkin dulu. mula la drama anak cucu melambai tokmak tokpak. hikhik





dua minggu mama papa mengerjakan umrah. bermula la episod berdikari sendiri. part ni best. apa semua sendiri. masak sendiri. kemas rumah sendiri. basuh baju sendiri. senang cerita semua sendiri.


26.12.2015 - selamat pulang ke tanah air. sampai rumah dalam kol 3 macam tu. anak yang dekat johor dah tunggu dekat rumah. masak mee kari kegemaran papa..popia goreng..puding caremel..dan macam-macam lagi.


sampai jek rumah disambut riuh oleh anak cucu. best. lepastu ada doa selamat adik beradik mama sikit. lepastu makan-makan. bermula la seisi pengalaman dekat tanah suci sambil tunjuk barang beli dekat madinah. heee..


alhamdulillah seronok dengar mama papa bercerita.