dan paling berterima kasih sangat-sangat dekat syurga aku yang menerima diri ini yang tak sempurna. menerima seadanya walaupun banyak sangat ragamnya. banyak sangat sabar.
dugaan jangan cerita banyak sangat tapi sama-sama hadapi walaupun perit tapi alhamdulillah semua yang dirancang dipermudahkan dan sekarang secara official kami dah sah suami isteri. tq b.
ramai yang tak tau kami berkenalan sampai bapa mertua pun terkejut betul ke tidak kami nak kawin. hehehe.. bukan main terjah tau nak kawin. banyak benda kami pikir banyak benda kami lalui banyak perasaan kami rasa. pokok pangkalnya kami dapat restu kedua belah keluarga. alhamdulillah..memang itu tanamkan diri kawin mesti nak dapat restu kedua keluarga.
past is past. kami dah kenal since sekolah menengah lagi. tak sangka dia jodoh aku. padahal masa sekolah takde pun rasa syg tapi kuasa Allah kan siapa tau...perasaan datang sekelip mata. hadiah aku dapat selama ini aku bersabar. syukur dia terima aku sebagaimana aku terima dia.
doa mama tak pernah putus. bila dimaklumkan ada orang nak masuk meminang mama terkedu seribu bahasa tapi dikalis dengan gelak tawa manja dia. mama ingat anak dia main-main. tak mama kalini betul punya. nurul nak kawin ni. sebelum ni mama selalu usik "bila keluarga dia nak hantar minang" "cepat-cepat hantar minang". macam tu la gaya soalan mama. bila betul-betul tau pulak terkejut. hehehe...
1. meminang
perancangan raya haji tahun lepas tapi anjak seminggu lepas raya haji. rombongan lelaki datang di iringi sebentuk cincin emas. perasaan berbaur. takut. nebes. tak percaya. betul ke keluarga ini datang meminang aku? itu persoalan yang bermain di minda. hanya Allah saja tau apa aku rasa. tetapi dihujung sudut hati kecilku rasa syukur. ini yang aku nak dari dulu. siapa? ye dia, dia jodoh ku walaupun payah untuk dia maklumkan dekat mak dia. tq sayang. semua selesai tanpa sebarang masalah.
2. bertunang
keluarga mertua. time ni baru dua hari lepas operation. masih dalam makan ubat tahan sakit. heee
24 oktober 2015 - kami disatukan dengan ikatan pertunangan. ramai yang hadir dari pihak lelaki termasuk sahabat handai. meriah majlis tunang haritu. makanan pun semua sedap-sedap. habis semuanya. persiapan majlis hanya sederhana sahaja. tiada pelamin mini bagai. simple tetapi meriah.
2. pernikahan
4 mac 2016 - dengan sekali lafaz sah kami menjadi suami isteri. SYUKUR ALHAMDULILLAH. jarak antara tunang dan nikah hanya 5bulan sahaja. masa yang sangat terlalu pendek. memang persiapan kami susun sehabis baik. kami buat semampu yang boleh. semua barang kami beli semua dalam baget sebabnya kami hanya pikirkan selepas majlis. taknak la bazir-bazir buat mana yang mampu jek. heeee...itu semua nasihat dari suami sendiri.
3. bersanding
5 mac 2016 - majlis sanding diadakan di dewan jubli intan. tema kuning silver tapi pengantin taknak pakai kuning silver. nak lain nanti ambil gambar nampak sama jek. heeee... suka sangat warna baju tu. songket. majlis jadi meriah bila tetamu ramai hadir
3. bertandang
26 mac 2016 - baru beberapa hari lepas majlis bertandang. ramai kawan-kawan suami datang. yang tak dapat hadir hari majlis dorang datang hari sebelum majlis. tema hitam putih. cantik! pelamin pun cantik. tak ramai yang berani buat tema macam ni. ini kehendak suami sendiri nak hitam putih. jangan pikir warna taik cicak tau tapi nampak elegen sangat. serius tak tipu. cuba la. insyallah cantik. cuma berani tak berani jek.
bila selesai sahaja dua majlis terus tenang. dah takde pikir lagi persiapan. lapang dada. apa yang dirancang semua berjalan lancar. takde halangan takde masalah. syukur. majlis buat sederhana saja tapi meriah. terima kasih sangat yang bertungkus lumus baik dari keluar sendiri mahupun keluarga mertua. sekarang dah boleh rehatkan badan. rehatkan minda.
perasaan? seronok. bukan seronok apa seronok dah boleh jalankan tanggungjawab. seronok bangun pagi sediakan sarapan walaupun secawan air teh o. bila suami makan atau minum yang kita buat habis hanya isteri-isteri jek tau perasaan tu. suami pulak ringan tulang lagi la seronok.
terima kasih sayang banyak membantu.
terima kasih sayang melayan kerenah budak-budak isteri awak ni
terima kasih sayang banyak bersabar isteri yang degil ni
terima kasih sayang membimbing isteri awak
terima kasih terima terima saya sebagai isteri awak
setiap perkahwinan pasti ada ikatan janji. ingat janji kita k sayang.
saya tak boleh jadi yang terbaik tapi saya cuba jadi sempurna di mata awak.