bagi bakal-bakal pengantin dinasihatkan buat checklist persiapan masing-masing memudahkan kita mana lagi tak siap. sangat important okeh. jangan la buat tak endah takut last minit baru teringat ada lagi tak siap.
checklist ni senang nak tau mana belum setel mana dah setel. boleh catit sekali deposit yang bayar berapa lagi balance. senang. kita boleh manage masa kita setel mana tak setel. senang cerita bakal pengantin WAJIB ada checklist.
macam aku dulu masa nak buat persiapan catit segala macam. takut terlepas pandang. adanya checklist semua persiapan berjalan lancar. checklist share dengan suami. mana persiapan boleh setel sama akan buat sama-sama macam cari baju nikah, bridal, kad jemputan, barang hantaran, kursus kahwin, dokumen, test hiv dll. itu kena setel awal yang selebihnya setel dengan family masing-masing.
nah ni checklist aku masa buat persiapan mana tau bakal pengantin dekat luar sana boleh buat panduan.
bukan masa buat persiapan kahwin sahaja tapi masa tunang pun aku buat checklist sebab takut tertinggal satu part bila nak uruskan jadi kelang kabut.
lepasni nak buat entry mengenai baget pulak. macam ada kait rapat. tunggu yek