Friday, 20 May 2016
Walimatulurus Alip & Nurul : Part 3 - baget & tips
Sebagaimana entry yang lepas checlist kali ni nak cerita pula pasal BAGET.
Bila nak uruakan sesuatu majlis tak kira la apa majlis sekali pun jangan la sesekali membazir. Membazir itu kan amalan syaiton..nak ke geng dengan syaiton? Hehehe..
Meh aku kongai tips sikit macam mana nak jimat cermat dalam berbelanja. Eceh..
1. Tanamkan niat "sahaja aku menguruskan majlis tanpa boros kerana Allah Taala". Kehkehkeh
2. Selain ada checklist perlu juga ada checklist apa nak dibeli
3. Asingkan mana KEPERLUAN mana KEHENDAK
4. Perbincangan antara dua pihak sangat la penting terutamanya bagi pihak perempuan. HAHAH..paham-paham jek la yek. Si lelaki time ni la mainkan peranan yang penting sebelum jadi realiti. Lalalala..
5. Yang ni baca betul-betul k. Beli sesuatu barang kena la letak harga. Contohnya : beli kasut hantaran kita letak baget la konon-konon rm200 tapi bila time nak beli tu berkenan lebih pada harga baget contohnya rm250 jadi untuk beli barang lain kena beli harga kurang rm50 dari baget asal. Maksudnya beli kasut rm200 dalam baget lepastu beli baju rm200 tapi harga kasut rm250 kan dah terlebih baget rm50..nanti time beli baju beli harga rm150 sahaja. Jangan lebih dari tu.
6. Totalkan semua berapa kos kita perlu habiskan untuk hantaran termasuk bunga hantaran. Macam aku dulu masa kahwin hantaran ada 5dulang jek jadi dalam 5dulang tu aku letak baget rm800 sahaja termasuk bunga hantaran. Tapi berjaya dapat lagi kurang dari baget yang ada. Thumbup sikit!
7. Tak payah la beli barang hantaran tu berjenama. Lepas kahwin boleh beli sendiri. Ukur baju di badan sendiri.
8. Apa bila menguruskan majlis tiada istilah PEMBAZIRAN kecuali kau tu anak orang kaya.
9. Jangan pikir time buat majlis banyak pakai duit tapi lepas majlis lagi banyak pakai duit! Wakakakaka..(gelak nyetan)
10. Bagi orang lelaki terutamanya takya pasang angan-angan nak buat personal loan ke pinjam along ke tak pun pinjam duit makpak korang. Eee tam gentle langsung. Simpan la duit baru nampak macho. Gitchuuww
Itu jek la kot boleh share serba sedikit untuk berjimat. Dulu aku bukannya pandai simpan duit..perabihkan duit pandai la..nasib la ada insan yang selalu ingatkan supaya berjimat. Bila berjimat ada kebaikan.
Okeh untuk tips yang dekat atas ni boleh la korang yang bakal jadi pengantin ke nak tunang ke berangan nak kawen ke sesuai sangat la kan..sekurang-kurangnya aku ni membantu korang. Ingat tau ukur baju di badan sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)