Monday, 18 December 2017

Makanan dan Biskut Iman

Masa Iman nak masuk 6bulan punya la umi eksited google nak bagi first meal untuk anak bujang sorang tu. Senang cerita semangat habis la nak masak untuk Iman. Bila masuk 6bulan jek perasaan eksited tu jadi buntu sebab Iman taknak makan.


Mak-mak jek tahu perasaan aku macam mana. Yang tak kawen tak ada anak lagi duduk diam-diam jek jangan jadi makcik bebawang. haha!!


Suka buat muka loya nak muntah dia tu. Buat puri, buat muka. Bagi buat gigit buah, buat muka loya. Macam-macam juga mencuba buat tu buat ini sama jek buat muka taknak. nyampah tau Iman ni!! hehehe..


Bila dah banyak bulan baru la boleh makan. Tapi tak banyak pun..sikit jek makan. Buat bubur kena ada rasa garam sikit kalau tak ketip bibir dia. Sekarang dah 10bulan lebih dah pandai makan. Makan pun memilih sikit. Iman lebih suka yang sup. Yang berkuah lah senang cerita. Yang tu laju jek makan siap bertambah lagi.




Bila Iman suka makan sup atau berkuah memasng umi masak pasta jek la buat makan dekat rumah pengasuh. Makan laju. Campur dengan sayur apa yang ada jek. Kadang letak ayam. Laju makan. Ada juga beli pasta untuk baby.








Yang ini Iman paling suka. Boleh beli dekat facebook. Harga murah jek. Nasib Iman suka takde la bazir jek beli. Ini pun pasta dah habis kena beli lagi.


Kalau jenis biskut dah macam-macam beli, macam-macam bentuk. Iman suka makan sebab biskutkan kalau gigit bunyi rangup ada gigi banyak memang best la dia makan tapi Iman cepat jemu. huhu..






fav Iman biskut bokoli tu. Orang tua makan pun suka sebab rasa dia sedap. Paling suka dan paling mahal antara yang lain okeh. Jusco jek ada jual harga tak ingat berapa pulak. Takpelah anak kalau dah suka umi beli jek janji Iman makan.

Seminar "Penyusuan Tanpa Supplememt" by Asiah Maharam

Ingat tak pasal entry sebelum ni? Apa, tak tahu? Boleh scroll la tengok entry sebelum ni. Hehehe...


Siapa pernah dengar atau kenal sis Asiah Maharam. Ada tak? Ada tak? Kalau ada sila angkat tangan.. heheheh..macam nampak jek kan.


Kalau uolls kenal bagus la. Kalau tak kenal, rasa nak kenal tak?



 Fb : Asiah Maharam
Instagram : asiahmaharam



Haritu join seminar dia memang best. Bawa Iman sekali tapi banyak layan Iman jek la. Huhuhu..tapi masih mendengar yek apa yang disampaikan. Bayaran RM120 tapi sekarang dah naik rasanya dan nota dia pun dah cantik tak macam aku pergi seminar hanya fotostat jek nota dia and catit mana yang penting jek. Tapi nota sekarang dah lengkap semua nya cuma pahamkan jek teknik dia.


BEST!! sebab apa best? sebab dari kosong ilmu bila join seminar ni terus banyak ilmu tau. Dari segi pemakanan, teknik pump sambil df, pemilihan corong pump, jadual pump n macam-macam lagi. ada satu slot air mata dan ada slot tunjuk teknik yang betul secara berdepan. Rasa berbaloi bila join seminar penyusuan tanpa supplement. Kiranya zero to hero la. hehehe..


Mesti pelik kan nak kena jaga makan jadual la apa la..Ye! semua tu berkait rapat yek. Pernah langgar pantang larang. ais minum, kafien minum, pedas cili padi makan, waktu pump tak follow, hah hamek ko drop terus susu dari sebelumnya dapat 8oz-10oz terus turun dari 3oz-4oz. Mula la drama dengan suami susu drop apa semua, kena marah balik ek. huhuhu.. 


Sekarang ni tengah merajinkan balik yang tak berapa rajin ni kejar balik oz sebelum ni. Kalau tak memang semput nak kumpul stok Iman. Iman dah 10 bulan lebih dah makan boleh la cover stok susu walaupun Iman lebih suka susu dari makan. Memang tau susu badan ni ubat segala penyakit. Iman dah 10 bulan 2kali jek demam itu pun kejap jek baik. Demam nak mintak upah agaknya.






Bila dah berjaya mula la ada yang dengki sana sini. Diburukkan difitnah dan macam-macam lagi kena tapi coach Asiah tetap berdiri teguh sebab nawaitu dia tu yang sangat utuh untuk mempertahankan perjuangan susu tanpa supplement. Bukan mudah nak mudah yek. Pasti ada halangan dan cabaran. Chaiyok coach!! kita sama-sama berjuang


Berdoa sangat agar rezeki Iman melimpah ruah sampai 2tahun. Niat umi dah ada tapi rezeki tu Allah yang tentukan. Moga ada lah rezeki Iman. Minta yang baik insyallah dapat yang baik. Amin. Dalam niat yang baik ni ada jek orang keliling mempertikaikan "kenapa tak bagi susu tin?' rasa macam nak dush! dush! jek muka tu. huhuhu..


Cara yang berbeza niat yang sama, aku memilih untuk menyusu tanpa supplement. Korang??