Tuesday, 27 February 2018

Kek harijadi iman

Masa sambutan birthday Iman oder kek fav aku siapa lagi kalau bukan baker Khai. Huhu..nak tengok kek?







Cantik dan kemas kan? Korang nak oder kek boleh contact terus khai k.

Baker melayu area pontian

Kedai kek sekarang ni kebanyakkanya kedai cina. Nak cari yang melayu buat memang susah. Dekat Pontian ni dah senang nak oder kek melayu dan dah ramai. Sedap taksedap jek. Cantik tak cantik jek.


Google jek area Pontian ni macam-macam ada tapi tempat fav ada dua jek satu kak ikin satu lagi khai. Kalau biskut raya sedap memang akan oder kak ikin jek tapi sekarang kak ikin dah buat pjj dah senang jek. Bayar yuran pjj nanti kak ikin masuk dalam group private dalam fb. Semua dari A-Z lengkap bahan cara teknik dalam group tu. Jenis yang pemalas banyak tanya memang bertepek2 la kak ikin sound. Hahahha..(bukan aku eh)


Macam-macam kek kuih cup kek semua ada..sandwich pun ada juaal..tapi roti jek takde buat. Biasa kalau ada orang oder nanti kak ikin akan open oder yang lain.





Okeh next, khai. Ni pun best juga. Kalau nak buat kek guna fondant sangat recommend khai ni sebabnya hasil tangan nya sangat la kemas cantik dan teliti. Khai ni dulu pernah belajar dengan kak ikin, kiranya anak murid kak ikin la..rasanya opkos sedap letop pop pop.




Harga? Standard harga la..lagi banyak cekadak lagi banyak cas. Tapi dorang ni insyallah harga sangat berpatutan. Korang yang duduk berdekatan boleh follow add dorang k.


Nanti nak review kedai roti yang best dekat Pontian pulak

Wednesday, 21 February 2018

Kenduri selamat, khatam al-quran dan harijadi

Jumaat lepas 16.2.2018 ada buat majlis doa selamat untuk abang munir (abang ipar) dapat naik gred dan kak long habis belajar phd. Majlis khatam al-quran untuk abang hadiff (anak buah). Pulak tu harijadi Iman. Panggil budak tahfiz. Majlis start lepas sembahyang jumaat.


Ikutkan hati taknak pun aku taknak pun buat birthday party untuk Iman tapi memandangkan ramai yang menggalakan suruh buat la juga. Iye lah Iman tu bukan paham apa pun..takut umi dia yang over lebih. Hehehehe..sebenarnya ikutkan hati untuk setahun dua ni memang taknak buat, nak tunggu Iman dah besar sikit dah paham dan request sendiri nak sambut harijadi. Tapi itu lah kena buat juga alang-alang nak buat kenduri tu numpang sekali la majlis orang.


Time haritu pun Iman tak sihat pun, demam. Demam setahun. Merengek jek. Nasib time potong kek tak moody sangat cuma dia lesu jek la sebab badan tak sihat.


Jemputan tak ramai pun..jemput budak tahfiz dengan sedara mara terdekat jek.


Menu makan nasi ambang, kambing masak apa ntah dengan kuih muih.


Meh tengok sekitar majlis


MAJLIS KHATAM AL-QURAN
 







ANAK-ANAK TAHFIZ






BIRTHDAY PARTY



Thursday, 8 February 2018

Selamat ulang tahun rikha mikael



 8.2.2017 SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA RIKHA MIKAEL

umi doakan Mika sihat sentiasa, murah rezeki, bahagia sentiasa, jadi anak yang soleh, anak yang baik, dan jadi anak yang membanggakan ibu.

Umi sayang Mika sama macam umi sayang Iman


Tuesday, 6 February 2018

Gaya tidur iman

Macam haritu tidur malam. Kol 1.30 suami terjaga dari tidur. Bila tengok gaya Iman tidur terkejut agaknya terus ambil gambar, esok pagi bagi tunjuk dekat isteri dia. Haha..




Tengok la tu..macam-macam la Iman ni..tu mesti bangun mamai ngek ngek tengok umi tak sadar terus landing macam tu. Hahaha..anak anak

Sunday, 4 February 2018

Kalau dah suka...

Perangai aku kalau dah makan sedap dekat tekak memang kerja nak beli jek. Macam donut durian. Dia donut tapi dalam dia ada inti durian. Sedap tau.





Serius memang sedap teruk okeh. Dalah lembut inti dia banyak..tak percaya? Meh tengok video dekat bawah ni

Lembut gila kan? Nak tengok inti durian dia banyak ke tak? Meh tengok video bawah ni


Banyakkan? Terliur tak? Hehehe

Ni tengah taip pun terliur. Macam tengahari nak pergi singgah beli jek. Hehehe.. Satu box RM10 jek ada 8biji.

Saturday, 3 February 2018

kronologi kelahiran muhammad iman kaafi

Assalamualaikum uolls..pagi yang mendung ni best kalau dapat tidur kan..hehehe..entry ni nak cerita sikit la pengalaman bersalinkan insan permata hati umi iaitu Muhammad Iman Kaafi. Mungkin entry ni panjang lebar sikit kot.


Pada awal perkahwinan kami memang masing-masing nak anak cepat maksudnya yang first baby nak awal nanti yang kedua baru merancang. Kalau dah niat nak anak awal memang usaha lebih la..dah banyak pregnancy test beli. Alhamdulillah masuk bulan kedua dah ada tanda da. Ada dua line. Disebabkan bulan pertama kosong macam hampa sikit la bila masuk bulan kedua dapat tau, kitorang macam Oh Really? Serius La..Betul Ke? masing-masing macam blur. Tak Puas hati betul, ke sebab sebelum ni asik kecewa jek bila positif tak percaya pulak so mintak husband beli lagi yang jenis biasa dan result tetap sama POSITIF. heheh..Syukur Alhamdulillah sangat-sangat.


Masa bulan pertama memang frust habis la kenapa tak pregnant lagi sebab period memang tak teratur  waktu subur pun taktau waktu bila so risau lebih sikit la..tapi ini semua kerja Allah kan. Syukur sangat. Hari dapat tahu pregnant tu sebenarnya ada berita gembira juga, pagi tu dapat tahu lulus periksa sah jawatan malam dapat tahu positif pregnant memang rasa miracle betul hari tu. Dalam banyak kali kecewa nak lulus periksa, dalam banyak hari menunggu positif dengan penuh sabar Allah bagi berita kedua-duanya serentak. Happy tu Allah sahaja tahu.


Masa sepanjang mengandungkan Iman tak banyak alahannya mabuk pun tak teruk cuma suka tengok gambar makanan jek. Bila dah tengok gambar makanan mula la ngidam itu ngidam ini tapi semua yang mudah nak dapat. Masa ngandungkan Iman suka sangat makan satay kalau boleh hari-hari nak makan satay tapi suami banyak kontrol la sebab satay makan banyak pun tak elok sebab karbon kan. Lepastu suka minum ais. Sarapan pagi mesti minum ais. Redho jek la. HB semua okeh cuma air gula kena minum dua kali. hahahahaha.. Ngandungkan Iman Berat naik 10kilo dan lepas pantang dapat balik berat asal 53kilo dan sekarang?? HAHAHA...


Due bersalin 29.1.2017 tapi dah over due. Last check up 29hb macam tu. Nurse bagi masa seminggu lagi tapi kalau baby tak keluar juga kena serah diri. Hari-hari la pujuk baby bila la nak keluar umi ayah tak sabar nak jumpa baby dah ni keluar la baby sambil usap perut. Hari-hari pujuk suruh baby keluar.


2.2.2017 - Pagi
Dah start rasa sakit tapi tak pasti itu sakit apa. Yelah mana tau sakit contraction macam mana kan. Kejap sakit lepastu hilang sakit lagi lepastu hilang. Rasa sakit macam nak berak macam tu tapi taknak berak. Sakit 10minit sekali 5minit sekali tapi tak sakit sangat la. Tiba-tiba rasa macam lain macam masuk bilik air tengok la rupa-rupanya dah keluar darah warna cokelat dengan lendir. Banyak juga. Mama selalu cakap kalau keluar darah dengan lendir tak lama la tu nak bersalin. Install juga la yang counting contraction tu bila sakit tekan nanti dah hilang sakit stopkan. Bila tengok balik sakitnya kerap datang tapi okeh lagi tak sakit sangat.


Suami masuk bilik tengok si isteri lemah lain macam jek. Suami tengok fon tanya apa ni. Bagitau la dah start sakit tapi masih boleh tahan. Cakap dengan suami lek dulu tunggu sakit sangat baru pergi cek jalan dekat klinik.


2.2.2017 - Petang
Tolong mama kemas warung. Sapu sampah siap bongkok-bongkok lagi padahal time tu sakit makin kuat tapi disebabkan taknak layan sakit buat juga la kononnya bagi senang nak bersalin, agaknya la. Sampai siap tolong kemas duduk termengah. Bagitau mama dah sakit da makin sakit tapi tunggu dulu taknak pergi hospital lagi tanda pun dah keluar. Mama pun iyekan jek la.


Bagitau suami kalau malam makin sakit juga kena pergi klinik dulu cek jalan sebab nak bersalin dekat Batu Pahat taknak bersalin dekat Pontian sebab kalau jadi pape (bukan nak mintak tapi mintak dijauhkan) kena hantar Johor. HSA time tu baru jek terbakar dan boleh bayang sendiri orang nya ramai macam mana sebab sepupu baru bersalin tahun lepas, orang ramai gila so taknak amek risiko. Hospital Batu Pahat tak seramai HSA dan Hospital Batu Pahat pun ada dokter pakar so memang nak bersalin sana. Jauh sikit la dari HSA.


2.2.2017 - Malam
Sakit makin menyerang dan makin kuat. Huhuhu.. terus cakap dengan mama nak pergi hospital. Ajak suami yok pergi klinik cek jalan dulu. Bila sampai klinik cek dah bukak 1cm. Baru buka 1cm ek tapi sakit boleh tahan kan. huhu..dokter bagitau kalau nak pergi Hospital Batu Pahat boleh buatkan surat nak bersalin sana tapi disebabkan baru 1cm takut sampai sana kena marah so kena ambil risiko sendiri la kalau pape jadi. Aku pun iyekan jek la sebab memang yakin memang takde pape mintak dipermudahkan jek la. 


Bincang dengan suami macam mana nak terus ke tak. Bincang punya bincang (sambil tu tahan sakit) pergi malam tu juga. Kol dayah (akak) mintak dia follow sekali takut pape terjadi tengah jalan ada orang, takde la kitaorang berdua jek. Dalam perjalanan kol kak long mintak abang munir tunggu tepi jalan mintak tunjuk jalan ke hospital.




2.2.2017 - 11.30malam
Sampai sana daftar dekat kecemasan dan dibawa ke wad bersalin tapi belum bersalin lagi tau. Mintak dayah dengan abang munir balik rumah dulu. Sampai wad bersalin cek jalan masih lagi 1cm tapi sakit dia makin kuat. Fuh!! taktau la itu dokter ke apa sebab cek baru buka 1cm so nanti dorang tanya dokter sama nak stay atau balik sebab tengok alamat rumah Pontian. Dah siap cek tunggu la dekat luar. Ada juga suami lain yang tunggu isteri masing-masing. Orang tak ramai sangat pun boleh la bersalin dengan tenang. Dorang maklumkan kena stay sebab jauh nak balik. Sementara tunggu dapat katil pergh dia punya sakit makin menjadi-jadi, pulak tu tak dapat baring. Merana weh nak menahan sakit. Asik suruh suami gosok-gosok urut belakang dekat pinggang jek. Sakitnya hanya Allah jek tahu.


3.2.2017 - 4pagi (Jumaat)
Dari kol 11.30malam sampai kol 4pagi baru dapat katil. Pergh seksanya rasa menunggu sambil duduk memang keje nak merengek jek sebab sakit kerap datang. Dapat baring pun bukan dapat tidur pun sebab ada anak kecil kerap menangis dengan tahan sakit yang datang kerap dan makin sakit bila dapat tidur kena ganggu dengan nurse lagi. huhu.. suruh suami balik rumah kak long rehat dulu sebab kesian penat menuggu. Tak bagi balik Pontian sebab kalau pape cepat sampai. Pukul 4pagi nak ke 7pagi tu memang rasa lama betul la. Bangun pagi mandi tunggu dokter cek sarap sikit. Sakit makin kuat. Tiap kali datang selawat banyak-banyak sebab makin sakit. 


3.2.2017 - 12.00tengahari (Jumaat)
Sakit makin kuat. serba serbi tak kena. Duduk salah baring salah ngiring salah. Bagitau dokter dah sakit sangat tak tahan. Cek jalan dah 5cm (patut la sakit gila. HAHA!) Nurse suruh lunch sikit dulu. Makan sikit minum milo kasi tenaga makan kismis sikit kol suami suruh datang sebab nak masuk LR. Bila masuk LR tengok bilik dia (serius la bilik bersalin macam ni ke??) macam floor tu bilik dia banyak partition jek tapi banyak bilik la. Kalau orang sebelah menjerit ke apa ke memang dengar jelas la. Hahaha.. 


Sakit makin kerap. Dalam hati bila la turn aku nak bersalin ni sebab tak boleh tahan la sakit la. Sakit datang jek mulut kumat kamit baca Lailla Hailla Anta Subahanakaini Kuntuminazolimin. Sakit dia tak boleh nak discribe macam mana. Kena lalui baru tahu macama mana. Nurse pecahkan air ketumban. Sakit makin kerap dan siap muntah tau. Tak tau la kenapa boleh asik muntah bila nak dekat bersalin time mengandung takde pulak nak muntah ke apa.


3.2.2017 - 3.00petang (Jumaat)
Suami sembahyang jumaat jadi masuk LR lambat la. Sakit pun makin kuat makin tak sabar nak bersalin. Orang kiri kanan lepas satu, satu selamat bersalin. Dalam kepala bila la aku nak bersalin ni sebab tak tahan sakit contraction. Ada pembantu dokter datang cek boleh pulak aku tanya 'bila saya boleh bersalin?' senyum terkedu pembantu dokter tu dengar soalan aku. HAHA!! Bila mulut ni asik merengek cakap sakit jek pembantu dokter tu masuk induce nak bagi cepat buka laluan. Bila ubat tu masuk jek pergh dia punya sakit kemain lagi kan. Makin kuat la aku merengek makin kuat sakit tu datang. Mintak suami urut pinggang belakang memang sakit sangat. Mulut tak henti-henti baca Lailla Hailla Anta Subahanakaini Kuntuminazolimin. Siap aku marah nurse tu sebab sakit sangat. Muntah kali kedua dengan banyaknya. huhuhu


3.2.2017 - 3.26petang (Jumaat)
Masih menahan sakit. HUHU! Bila la nak berakhir semua ni, rasa tak tertanggung rasanya sakit nak bersalin ni. Dah nak dekat bersalin agaknya nurse dengar aku asik merengek jek ramai-ramai datang dekat dengan aku dan dokter cek dah buka 8cm time tu semua siap-siap untuk aku meneran. Disebabkan tenaga dah tak banyak dengan muntah lagi, banyak kali juga meneran. Sakit yang amat sakit dokter gunting pun tak rasa, tau-tau jek suami ke dokter cakap dah gunting. gulp.


Mula-mula meneran pegang kaki tapi disebabkan terangkat bontot mungkin terkoyak sikit kot tukar posisi kaki naik dekat stand dia baru rasa macam lagi senang sikit nak teran kot. Dengar la keliling suruh push bagi semangat semua dan ada sorang nurse tu asik cakap "hah pandai pun teran..lagi dik lagi dik" hahaha..Masa ni memang teran sehabisnya tau sebab tenaga memang ciput sangat sebab tak cukup tidur tak cukup makan senang cerita tak cukup rehat la sebelum nak teran. Ada satu masa tu memang dah habis teran la terasa keluar laju jek ingatkan badan baby dah keluar dah rupanya baru kepala. Dalam hati, ya Allah tenaga memang dah hampir zero dah ni dah tak larat sangat da baru keluar kepala, nurse suami semua suruh push bagi semangat lagi lepastu boleh cakap 'kejap kejap nak amek nafas dulu' (haha kelakar pulak bila ingat balik). Tarik nafas dalam-dalam tiba-tiba terdengar baby nangis (pada 3.2.2017 jam 3.56petang berat 2.54kg). wuwuwuwuw...(seriusla baby dah keluar ke?). Keluar la anak kesayangan umi dan ayah. Time tu nak kata menitik air mata ke terharu ke takde pun sebab memang takde rasa pape pun sebab terlalu penat. Penat yang teramat penat hokey.


Nurse angkat baby tunjuk perempuan ke lelaki? Opkos la lelaki kan. HEHE!! lepastu letak baby dekat badan. Dapat la rasa anak sendiri yang macam tak rasa sebab terlalu penat. Suami azan ikomat dekat situ juga dah habis suami kena tunggu dekar luar. Ingat dah habis dah sakit rupanya kena jahit pulak. Adoi perit betul rasanya. walaupun bius tapi tang kulit adoiiaii..tangan dokter yang aku genggam sebab sakit sebab suami takde dah kena keluar. huhu. Banyak tempat juga la jahit sebab ada terkoyak sikit. Setel da. Nurse jengah bawa baby bagitau baby kena masuk NICU sebab jantung laju. Mungkin sebab proses nak keluar amek masa sikit tu yang jantung baby laju.


Tunggu la dalam LR sorang-sorang dalam tu. Sejam juga la tunggu dan sejam tu juga la tidur nyenyak senyenyaknya hokey. heheh..dan nak keluar tu nurse tu baru bagi air masak. Dah setel semua dibawa ke wad lain pulak. Baby masih di NICU. Dapat jumpa baby time dalam LR jek. Rupanya kak long dengan dayah tunggu dekat luar LR dan masuk wad dorang follow sekali. Nak maghrib tu baru jumpa baby sebab tunggu suami uruskan baby dulu. Mak bapak budak jek boleh masuk NICU. Sian baby kena cucuk jari. Perasaan time tu 'betul ke ni anak aku?' macam tak percaya pulak dah ada anak.


Tidur semalam lagi sebab baby kena tahan NICU. Suruh suami balik esok baru datang sini semula. Jadi malam tu baby takde disisi dan kononnya boleh tidur lena la tapi harapan palsu semata-mata sebab boleh dikatakan setiap jam juga la baby orang bilik sebelah asik menangis jek. Tidur pun tak lena sangat. Esok pagi suami datang dengan family in law. Dokter bagi keluar. So setel apa yang patut tapi sebelum keluar balik kena seluk lagi nak tengok masih ada tempat yang bleeding ke tak, nasib takde. Tapi masa seluk sakit lain macam mungkin sebab ada jahitan terlanggar benang jahit tu kot tu yang sakit. huhuhu. Dah setel semua pergi NICU amek baby pulak. Setel semua balik Pontian terus. Terkemut-kemut rasa bila suami bawa kereta terlanggar lubang ke batu ke, adoi ngeri betul la. Rasa jauh betul nak sampai rumah. Dah nak senja baru sampai rumah. Dekat rumah dah ramai orang menunggu kehadiran baby. Bila baby dah balik rumah bermula la episod burung hantu. huhu..


Terima kasih bebanyak dekat suami, keluarga sendiri, keluarga mertua, nurse dan dokter sebab ambil berat. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Bersalin dekat Hospital Batu Pahat sangat best sebab tak rasa keseorangan sebab nurse sentiasa datang cek. Nurse pun tak garang. Semua baik-baik belaka. Next Baby macam nak try bersalin water birth pulak. Kalau ada rezeki boleh la merasa dan kalau dapat izin suami. hehe.. Harini ini anak umi dah setahun da. Akal pun dah banyak. Makin manja. Tunggu Iman dapat kaki jek ni boleh main kejar-kejar. Gigi pun dah banyak. Makan pun dah pandai, makan pun dah banyak. Dah pandai cari umi bila umi hilang dari pandangan. Dah kenal banyak benda. Setahun ni umi tak ajar ABC, alif ba ta dengan 123 sebab umi nak Iman explore dulu keadaan sekeliling Iman. Binatang macam fish, cat bird Iman dah kenal. Ayah dah kenalkan Iman mana bulan. Pelan-pelan belajar k Iman. Umi takkan ajar awak secara paksaan secara diam tapi umi nak ajar awak ikut perkembangan awak. Umi ayah love Iman sangat-sangat. Sebak pulak rasa. Setahun ni umi tak buat birthday party pun sebab Iman bukan paham pun. Tapi hadiah dah bagi awal da.


SELAMAT ULANG TAHUN MUHAMMAD IMAN KAAFI 


UMI DAN AYAH DOAKAN IMAN
❤SIHAT SELALU,
❤MURAH REZEKI,
❤BOLEH JAGA UMI AYAH BILA UMI AYAH DAH TUA,
❤TAK LUPA ALLAH,
❤JADI ANAK YANG SOLEH,
❤BERJAYA DUNIA AKHIRAT, DAN
❤JADI INSAN BERGUNA.


Sedikit foto untuk kenangan =)


Selamat datang permata hati umi ayah 


Baby baru sampai rumah. Sedap tidur yek...


Kuning makin naik umi ayah terpaksa cari jalan untuk cepat turunkan bacaan kuning. Konon-konon dekat spa la tu..

Baby kena kuning hampir seminggu 😢