Saturday, 3 November 2018

Penang 4hari 3malam

minggu lepas hari rabu hingga sabtu keluarga aku berjalan ke Penang nun jauh di sana. Tujuan ke sana sebenarnya adik aku konvo dekat USM alang-alang berjalan terus. Cerita pasal konvo next post ye.


Ni kali ke dua la aku pergi Penang. First masa daftar adik aku masuk USM kali kedua masa konvo. First time pergi kitaorang adik beradik bawa kereta pergi Penang. Tak berjalan sangat pun. Kali kedua 4 hari dekat Penang. Tapi kalini kitaorang naik flight. Perjalanan dari JB ke Penang 30minit jek. Tak sempat tidur tetau dah sampai da. Kalau bawa kereta jenuh kebas bontot. Haha..


Rabu
flight tiket pukul 12.50. Macam biasa la kena sampai awal. check in papa dulu sebab wheelchair. Kitaorang dah check in awal. Dalam adik beradik aku sorang jek tak pernah naik flight. Hahaha..Ni pengalaman pertama la bagi aku.






Dekat airport senai



Sampai Penang lebih kurang 1.25 petang. Sampai sana kitaorang naik kereta sewa. Satu hari sewa RM100 ambil dua kereta saga. Terus ke homestay. Dari airport dengan homestay lebih kurang 13minit macam tu. Summerton Queensbay Condo dekat Bayan Lepas. Satu malam RM400 ada 4bilik 4bilik air. Dapur yang cukup luas tempat makan pun luas. Peralatan dapur dengan mesin basuh semua ada. Kiranya berpuas hati la dengan harga.



Baru sampai Penang



Sementara menunggu lif homestay



Lepas asar kitaorang makan dekat Kapitan. Lepas juga ngidam nak makan sini. Oder roti nan garlic cheese ayam tandori tapi yang dapat roti garlic ayam tandori cheese nya hilang ntah kemana. Hahaha..yang ada makan chicken malani nasi briyani dengan roti nan cheese ayam tandori. Roti nan garlic memang sedap. Kena tekak.




Tangan tu mesti nak interframe juga


Nasi briyani


Nasi malani (agaknya kot nama dia). Yang ni sedap. Kuah kuning dekat ayam tu sedap.



Lepas makan dekat kapitan kitaorang gerak ke tesco. Memborong la segala jajan maggie air kotak biskut roti apa semua. Total semua rm200 gak. Hahah..sakan semua benda nak masuk dalam troli.






Khamis
Pagi tu adik aku konvo sesi pagi. Nasib la sesi pagi.  Habis dalam lebih kurang 11pagi macam tu. Dah setel amek gambar pergi Queensbay makan lunch. Kalau ikutkan tentatif program tengahari makan dekat Restoran Hameediyah tapi yang lain semua taknak makan sebab tak kena tekak tu yang terus ke Queensbay makan dekat chicken rice shop jek. Kah!








Congrats cik patin degree sivil



Lepas makan gerak balik homestay berehat sebab panas berdenting. Dengan Iman lagi umi dengan ayah naik pengsan. Lepas asar baru keluar balik pergi Street Art Penang tapi tak dapat pusing habis sebab sampai dah 6lebih. Pusing ambil gambar mana yang dapat jek la. Malam tu cari makan pasembur dekat Gani Famous Pasembur tapi tutup pulak jadi makan dekat area situ jek.
Tempat pasembur yang kitaorang makan sangat mengecewakan. Oder char kuew tiaw sangat la tak sedap. Oder dua kedai pasembur satu kedai kuah dia hangit satu lagi okeh okeh la..
















Jumaat
Sarapan pagi dekat roti canai ayam cheese Gemas Road. Fuh mantop. Kuah banjir. Telur mata kerbau goyang. Sekeping cheese. Hirisan bawang. Meletop rasa dia. Memang ngam. Kari dia pedas-pedas gitu. Ni tengah taip pun terliur. Adoiiaiii..orang memang ramai giler okeh..



Adoii terus ngences


Lepas sarapan bergerak terus ke Bukit Bendera. Orang ramai juga ni padahal hari jumaat bukan cuti sekolah ke apa. Menunggu lama gak la nak tunggu turn. Bila sampai atas rasa nyaman jek sebab dekat Cameron angin sepoi-sepoi sejuk jek. Naik buggy untuk pusing-pusing kawasan sana. Satu buggy RM30. Naik dua buggy. Boleh muat 5orang dewasa. Best juga la tengok permandangan rasa hilang stress keje. Hahaha..






















Lepas pergi Bukit Bendera kitaorang lunch lagi dekat chicken rice shop (muak rasa sebab dua hari makan benda yang sama). Ikutkan plan makan tengahari dekat ikan bakar din tapi papa taknak makan so kitaorang anak beranak redhooo jek lah. Hehehe.. lepastpu pergi beli kopi dekat Coffe Tree. Malam tu lepak santai dekat homestay jek dok tapu kfc.






White coffee dia memang terbaik. Pekat likat semua cukup rasa. Tapi harga pengsan sikit. Satu pek ada 15sachet RM45. Macam-macam flavour ada semua harga sama




Sabtu
Sarapan dekat homestay sahaja. Dalam pukul 10 macam tu check out terus pergi beli ole-ole dekat jeruk pak ali dekat dengan airport jek.


Kali ni panjang pulak aku menaip. hehehe..Penang boleh dikatakan tempat yang best juga la kalau nak jalan-jalan. Makanan pun ada yang sedap juga. Banyak tempat yang menarik boleh pergi tapi cuma satu jek yang tak best. Dorang bawa kereta macam orang apa tah. Naik seram aku tengok. Memang dok mengucap panjang jek la kalau bawa kereta dekat Penang. Gaya dorang memang macam tu agaknya. huhuhu..