Thursday, 26 November 2015

Pirate coffee

Dekat pontian dah ada dua tempat jual coffee. Satu pirate coffee bersebelah giant dekat tambak sana. Lagi satu anis coffee berhadapan dewan jubli intan.


Dah try beli pirate coffee yang diviralkan dekat facebook. Dah rasa 4 jenis air. Caremel coffee, white coffee, green tea, strawberi cokelat dengan bluberry cokelat.


First time beli green tea saje nak test sebab tengok dekat fb semua cakap sedap padahal tak minat pun green tea sebab green tea wangi kan bila minum macam pelik jek. Try la nak rasa macam mana..sedap juga la..boleh minum habis satu cup tu. Harga rm4.00 satu cup tu. Sedap.




 Second beli caremel coffe dengan white coffee. Sebelum beli ada rasa orang beli white coffee paling win. Bila beli sendiri dan rasa caremel coffee rasa white coffee tak boleh dilawan. White coffee paling win win win! Lepasni nak beli wajib beli white coffee. Terbaik!!




Strawberi cokelat dengan bluberri cokelat memang pekat rasa dia. Sedap. Tapi lebih suka coffee la lagi-lagi white coffee. Tak boleh kalah white coffee. Huhuhu..


Lepasni nak beli, beli white coffee juga. Hehehe..nanti nak try beli anis coffee. Boleh kalahkan white coffee ke tak. Lalalala..

Friday, 20 November 2015

Mee udang

Lokasi di pulai jaya. Kalau tau steamboat meletop tau la mee udang ni dekat mana. Tapi makan sana aku request kuew tiaw goreng udang memang thumb up la sedapnya. Mee udang kureng sikit kalau ikut tekak aku.




Buat terliur jek tengok gambar ni. Nanti boleh makan lagi sebab tiba-tiba teringin pulak. Heee..

Wednesday, 18 November 2015

Bujang da..

Bujang dah abang hadif. Baru jek lepas sunat atas permintaan sendiri. Huhu..


Sebelum sunat boleh la senyum senyum


Baru selesai ubat bius tak habis lagi



Kejap jek buat. Buat pun dekat rumah siap dengan peralatan semua. Habis jek keluar bilik semua kerumun abang hadif. Riuh. Besar dah abang adif.

Saturday, 14 November 2015

Sotong goreng tepung






Memang hantu sotong goreng tepung. Kalau dekat rumah ada sotong memang akan goreng buat ratah macam tu. Kalau pergi kedai makan jenis berlauk memang akan oder sotong goreng tepung. Tapi ada sesetengah kedai buat jenis tepung tebal macam jemput-jemput tu. Yang macam tu tak sedap suka yang crispy tepung tak tebal.


Tadi mama papa pergi makan luar. Ajak makan tapi malas nak ikut sebab dah kenyang. Balik jek rumah mama bagi sotong goreng tepung dalam tisu. Tak tolak terus amek ngap masuk dalam mulut. Pergh nikmat betul. Dah lama sangat tak dapat. Sotong sambal petai pun sedap.




Thursday, 12 November 2015

Pizza tortilla


Nak buat pizza ni semudah ABC. Bahan pun cukup senang nak cari. Macam haritu buat untuk brekpes sebab tekak kepingin sangat dan ini kali kedua buat setelah sekian lama. Kalau dah namanya pizza tortilla bahan wajib adalah tortilla dah bahan lain untuk topping dia seperti sosej, isi ketam, mayonis, sos cili, lada benggala, bawanh, mashroom, ayam, keju dan bahan lain ikut suka tekak.

Tapi hari tu beli mana yang jumpa. Based untuk pizza tu guna mayonis dengan sos cili jek lepastu sapu rata. 1 keping cheeder, letak segala apa nak letak last sekali cheese pizza dengan 1 keping cheeder. Bakar. Taraa!! Siap! Mudahkan..makan panas-panas memang syok.








Sunday, 11 October 2015

Sepi bermakna


Ceh tajuk kemain lagi sepi bermakna. Heee...


Memang dah lama sangat sepi ni..tak sempat takde idea nak cerita apa. Nanti ada story baru share k. Bye


Sunday, 9 August 2015

KMJ

KMJ dengan nama sinonimnya Kembara Mahkota Johor. hari ini lah hari nya. Nasib baik duduk ofis tak kena pergi padang. Tapi pergi padang pun best juga boleh tengok suasana orang ramai.. Hehehe..




Wednesday, 5 August 2015

Penghujung dunia

Nama jek duduk dekat pontian. Penghujung dunia tanjung piai pun tak pernah jejak. Kesian nauzubillah. Patut la orang keliling tak pernah terserempak aku dekat luar. Tak pernah okeh tak pernah. Balik kerja duduk rumah esoknya ulang benda yang sama. Takdan nak melagoh benda tak berfaedah (jadah punya ayat. Hahaha)


Haritu gara-gara nak makan seafood ikut saje la ude bawa. Maka sampai jua kaki ku ke penghujung dunia. Fuhh! Bangga sikit.


Mari bergambar!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Sebenarnya gambar dah terdelet. Korang boleh search terus yek. Hahahah
 Kbai

Tuesday, 4 August 2015

Masih beraya





Bulan syawal tinggal minggu depan sahaja open house masih rancak. Tahun ni suasana raya lain sikit maksudnya orang datang raya kurang. Kanak - kanak takde datang pun. Tapi bagus la takya susah - susah nak basuh cawan. Mihmihmih.


Hari isnin lepas ada buat makan - makan tapi bukan open house tau saje ajak budak ofis datang rumah makan tengahari. Alhamdulillah boleh dikatakan ramai juga yang datang. Terima kasih yang sudi hadir.


Menu nasi hujan panas dengan laksa johor. Sedap belaka. Hikhikhik.


Dorang datang runcit - runcit. Yang kerja luar dorang datang pukul 12 lebih macam tu yang kerje ofis datang pukul 1 time rehat. Suka tengok dorang makan berselera. 2 lebih cikmas datang dengan nabihah lepas tu sebelum asar kaksu pulak datang lepas asar abang munir datang tapi tapau nek sebab dia puasa dan lepas maghrib sorang lagi sahabat datang. Ada bungkus untuk member yang tak dapat datang sebab puasa. Makanan ngam - ngam ada la balance sikit tak banyak buang.


Walaupun hanya jemput orang tertentu rasa badan penat juga sebab nak kemas rumah pagi tu nak tolong masak lagi. Buat kerja berdua jek. Minggu depan geng ngaji mama nak datang. Kena ambil cuti ni minggu depan. Hehehehe...


Monday, 3 August 2015

Movie

Minggu lepas hari khamis tengok wayang. Dah lama sangat tak tengok wayang dan tak pernah - pernah tengok wayang dua cerita sekali arung. Biasa satu cerita tapi haritu dua cerita. Ant - man dengan mission impossible.

Saje request nak tengok dua cerita sekali betul - betul tunaikan permintaan main - main tu. Hehehe...

Ant - man pukul 5.50 kalau tak silap. Seat biasa. Sejuk ya amat dalam tu. Lepaa habis tu dalam 7 lebih terus cari makan. Tengahari tak makan. Lapar. Dalam wayang tak beli apa sebab tengok cerita terus nak makan. Makan dekat black canyon. Dah lama tak makan situ tekak teringin nak makan tomyam dia.


Black canyon coffee ada biskut dengan teh hijau


Makanan sampai makan pun tak boleh nak feeling sangat sebab makan yang berkuah panas berasap lepastu nak kejar next movie pulak pukul 8.40. Makan pun bergolot. Nangis langit - langit i tau makan panas pedas tu. Sob sob

Lepas makan 8 50 naik atas balik. Amek beanie seat punya. Selesa habis perut kenyang silap - silap boleh tidur nasib baik tak. Hehe..


Sejuk kali kedua.



Pusing - pusing bandar jap terus balik rumah. Sampai rumah pun dah lambat sangat.


Jumaat ni nak tengok wayang lagi. Tak sabarnya!


Tuesday, 28 July 2015

Gelagat si kecik

Raya kalini semua balik kecuali ude. Jadi ada budak kecik dua orang tu. Hasya dengan dekya. Best gomol dua orang ni lagi - lagi dekya sebab gebu gebas sangat. Nie tengah menaip pun macam nak gomol dekya. Hehehe..


Jadi masa raya haritu suka sangat tengok gelagat dua orang ni. Sorang tu peramah sangat sorang lagi main jauh jek kalau datang dukung wajib pakai cermin mana macam mak dia. Hehe.. Dekya dekya


Hasya nade! 
Geram cik nuyul tengok ni.
Weekend ni cik nuyul nak cium puas - puas sampai awak lemas


Dekya ni dah macam michelin
Nak dukung boleh tapi kena pakai cermin mata







Monday, 27 July 2015

Mood raya masih ada

Mood raya masih membuak-buak. Baru la ada mood nak raya kalau tak semua kelaut. Jadi disebabkan mood tu ada lagi mari la uplode gambar raya lagi! Jom jom!







Raya ke dua ketiga ke empat tak boleh sorok pipi. Start naik sebab 3 hari tu memang sakan makan. Takot punya pasal wajib ler puasa 6. Harini masih puasa 6 lepasni puasa sunat. =)


Friday, 24 July 2015

Happy family

Memang sakan kalau dapat kumpul ramai-ramai.  Kadang raya susah nak kumpul. Macam raya haritu ude takde. Nak kumpul 7 orang memang susah sangat.  Sob sob. Tapi raya tetap meriah dengan riuh anak buah.





Mood masih nak beraya lagi.  Selamat hari raya korang. Jom beraya!


Thursday, 23 July 2015

Bergambar pagi raya

Malas pulak nak taip panjang-panjang tengok gambar sahaja yek. Enjoy!!


MamaPapa

Kaklong family

Angah family

Dayah family

Teha family

Anak dara


Tahun ni semua balik kecuali ude family. Lepas dah salam mintak maaf bagi duit raya dekat mama papa, patin dengan anak buah berjalan raya dekat lorong rumah.  Lorong rumah memang sedara mara atok sedara semua. Nak tepek gambar lagi. Enjoy yek







Wednesday, 22 July 2015

Raya Raya Raya!!



Nanti update gambar raya okeh



Selamat hari raya maaf zahir dan batin =)

Wednesday, 15 July 2015

Selamat hari raya



Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Mohon maaf kepada semua kenalan yang mengenali diri ini dan halalkan makan minum.


Harini last puasa esok dah raya
Berdoa tahun depan merasai bulan ramadhan dan bulan syawal.


Esok dah boleh makan macam biasa. Harap perut tak jakun sangat bila dapat makan waktu siang.


Malam karang dah boleh isi kuih raya dalam balang.  Main mercun. Gosok baju raya. Duit raya dah masuk siap-siap da.


Bagi yang balik kampung hati-hati dijalan raya. Aku tak dapat merasa suasana balik kampung lagi sebab 4orang atok dah takde.  Insyallah kalau bakal suami orang jauh boleh la merasa suasana balik kampung.


Baru la perasaan ni ada sikit ceria nak raya esok. Hehehe


Selamat hari raya korang =)


Sunday, 12 July 2015

Persiapan raya yang sendu

Ramai yang tanya
Dah beli baju raya?


Baju raya berapa pasang?


Kasut raya dah beli?


Blablablabla...



Dengan selamba aku jawab 'tak beli pape pun.. Beli kasut raya jek itu pun bukan macam kasut raya' (sambil buat muka takde perasaan.)


Yes!  Tahun ni memang tak beli pape pun. Beli kasut raya yang tak serupa kasut raya. Mood nak beraya memang kelaut padahal keinginan nak beli macam-macam tapi tulah ekonomi sekarang kan nak buat persiapan raya pun macam malas-malas jek.


Baju raya pun pakai yang masa weeding teha dengan nasuha. Semua jubah. Pakai tu jek. Tema tahun ni berjubah. Hehehe..


Baju raya tahun ni ada sentimental velue sikit. Tunggu raya pertama nanti.


Persiapan korang macam mana ada baik ka tara baik?


Berbuka puasa limit 3kali

Maksudnya tahun ni berbuka puasa 3kali sahaja. 3kali sahaja. Sebab apa?  Sebabnya puasa kali ni pape hal semua kena catu. Takde istilah melaram dan pembaziran.  Jadi awal puasa dah didik diri jangan lebih 3kali.


Susah sebenarnya tapi kena cuba tapi alhamdulillah berjaya.


Hari ni puasa ke-26 tinggal 4 hari jek lagi. Lepastu raya. Wuwuwuwuwu...


Restoran Saujana
Gelang Patah
017-2963211 puan zuraidah
012-7023211 puan zalina

  • Nasi putih
  • Siakap 3 rasa
  • Siakap stim
  • Ketam cili
  • Kailan ikan masin
  • Sotong goreng tepung
  • Udang nestum (tak dapat - cancel) 
  • Tomyam campur (tak dapat - cancel) 
  • Air tembikai
  • Fresh oren
Semua buat dua hidang
Total rm234.00



Restoran Kemangi
Kampung Atap, Jalan Sungai Gurap,  Pontian
012-9880972

  • Nasi putih
  • 2 Nasi goreng cina
  • Ikan siakap
  • Sotong goreng tepung
  • Udang nestum
  • Kailan ikan masin
  • Sup daging
  • 2 air tembikai
  • 2 Teh o panas
  • Teh o laici

Total rm112.00



Kapten steamboat and grill

Weekday rm28.00/dewasa
Weekend rm32.00/dewasa



Cukup la 3 kalu buka luar. Tahun ni banyak kena catu tak bole sesuka hati. Mak enon nak shooping tu shooping ni.


Nanti nak cerita persiapan raya yang agak sendu tu. Hewhewhew

Saturday, 11 July 2015

Hadiah birthday sambil berhuhuhuhu

Hadiah tahun ni nothing special maksudnya takde sambut happy birthday tooyu tiup lilin bagai. Takde semua tu.


Start tahun lepas bila harijadi sendiri kena beli hadiah untuk diri sendiri. Macam tahun lepas beli jam roscani warna emas. Harga tak ingat.


Tahun ni beli emas untuk hadiah birthday sendiri. Beli yang murah jek tak beli yang mahal sebab lepastu nak buat basan. Lepasni kumpul duit lagi beli yang mahal sikit.


Lepas tu kebetulan ada bola JDT lawan BORUSSIA DURTMAND. Harga tiket pertengahan rm180 untuk satu tiket. Dapat free dua. Apa lagi bersungguh la kawan walaupun tak berapa paham sangat kan layankan jek la benda dapat free. Hehe


Sistur suka 
*lompat terkinja-kinja*


Stadium larkin


Go JDT go! 
Memang go pun 6-1. Kahkahkah
Takpe janji ada 1


Ni pun go juga
Plis jangan gosipkan sistur
Sis dah penat. Sis nak rehat panjang. 
Penat makan hati



Dan tahun ni lain sikit tak macam tahun sebelum ni. Lain dari yang lain.


Tahun ni kiranya dapat dua hadiah la. Dapat emas.  Dapat tengok bola free.


Tahun depan? Hmmmm... Belum pikir lagi.

Wednesday, 8 July 2015

happy birthday to nurulhuda


hari ini 9 julai 2015
hari ini hari jadi saya
hari ini umur saya 26 tahun
hari ini saya sambut di huhuhu
hari ini saya semakin dewasa
hari ini hidup saya bersederhana



terima kasih Allah kerana bagi saya bernafas
terima kasih Allah kerana saya merasa hidup hingga 26 tahun
terima kasih Allah kerana bagi kesihatan hidup
terima kasih Allah kerana dimurahkan rezeki
terima kasih Allah kerana melindungi saya dari kejahatan dan keburukan
terima kasih Allah kerana memberi peluang kebahagian bersama orang yang saya sayang
terima kasih Allah kerana memberi peluang bersama dengan orang yang saya sayang
terima kasih Allah kerana memberi peringatan kepada saya
terima kasih Allah



hadiah tahun ini hadiah lain sikit.
hadiah untuk diri sendiri beli lain
hadiah unutk diri sendiri orang bagi lain sebab malam karang nak berhuhuhuhu




*banyaknya nak cerita dekat sini tapi internet habis kuota. nanti cerita satu persatu yek.*

Saturday, 27 June 2015

Sagu gula melaka

Tekak sekarang ni mengidam benda manis-manis.  Lain sikit yang kebiasaan ngidam makan best-best western bagai tu. Mungkin ada perubahan dalam diri ni sebab tu ngidam benda lain. Boleh gitu?  Ngeh ngeh



Sejak dua menjak teringin nak sangat makan sagu gula melaka. Seperti biasa kalau mengidam wajib ler menggunakan khidmat encik google yang hensem lagi kacak bergaya. Terliur sorang-sorang. Search resepi ya ampun senang betul. Mula la terpikir nak buat sendiri.


Sabtu baru lepas berbuka dekat rumah kaklong.  Siap request nak sagu gula melaka. Hehehe.. Seronok main request ni. 😆

Sagu
Gula melaka
Susu cair


Biasa balik kerja akan singgah kedai cikngah beli kuih pulak tu ada sagu gula melaka. Sedap! Makan sejuk-sejuk lepas terawih makan.  Pergh nyaman betul rasa. Enak bangat dong!


Ngidam jek terus dapat dua kali.


Friday, 26 June 2015

Roti rentung

Biasa buat roti bakar pakai roti plain yang tu tak sedap. Sapu majerin ke kaya ke jem ke baru sedap. Leceh.  Nak yang dah siap bakar terus ngap. Kalau nak senang macam tu pakai roti gardenia buttersotch.


Pakai roti ni kompem sedap lepas bakar takya sapu tu sapu ni. Terus ngap!


Hari tu buat la bakar dua kali. Sekali bakar macam tak nampak garing. Pusing la roti untuk masak kali kedua sekali hamek ko!




Nasib rasa pun tak rentung sedap jek makan rasa manis-manis dia tu.  Yelah kan guna roti buttersotch. Disebabkan malas nak bakar lagi jadi makan jek la yang rentung nasib la sedap.



Thursday, 25 June 2015

bubur lambuk masjid Pontian


Macam dah jadi kemestian pulak tahun nie setiap hari mesti ambil bubur lambuk dekat masjid Pontian. Tahun lepas takde pulak teringin ke niat nak ambil hari-hari tu takde la pulak. Tahun ni jek. Mungkin sebab cara dorang masak bahan cukup tu yang mama suruh bawak hari-hari. Macam semalam menu berbuka makan bubur lauk (ikan kicap, sayur kobis goreng, telur masin dengan kacang ikan bilis masak sambal) bawa bubur lambuk mama siap cakap yang nie bagi pakcik ko eh esok ko bawa bubur lambuk tau. Iye ma... =)