Tuesday, 4 August 2015

Masih beraya





Bulan syawal tinggal minggu depan sahaja open house masih rancak. Tahun ni suasana raya lain sikit maksudnya orang datang raya kurang. Kanak - kanak takde datang pun. Tapi bagus la takya susah - susah nak basuh cawan. Mihmihmih.


Hari isnin lepas ada buat makan - makan tapi bukan open house tau saje ajak budak ofis datang rumah makan tengahari. Alhamdulillah boleh dikatakan ramai juga yang datang. Terima kasih yang sudi hadir.


Menu nasi hujan panas dengan laksa johor. Sedap belaka. Hikhikhik.


Dorang datang runcit - runcit. Yang kerja luar dorang datang pukul 12 lebih macam tu yang kerje ofis datang pukul 1 time rehat. Suka tengok dorang makan berselera. 2 lebih cikmas datang dengan nabihah lepas tu sebelum asar kaksu pulak datang lepas asar abang munir datang tapi tapau nek sebab dia puasa dan lepas maghrib sorang lagi sahabat datang. Ada bungkus untuk member yang tak dapat datang sebab puasa. Makanan ngam - ngam ada la balance sikit tak banyak buang.


Walaupun hanya jemput orang tertentu rasa badan penat juga sebab nak kemas rumah pagi tu nak tolong masak lagi. Buat kerja berdua jek. Minggu depan geng ngaji mama nak datang. Kena ambil cuti ni minggu depan. Hehehehe...


No comments:

Post a Comment