Saturday, 27 June 2015

Sagu gula melaka

Tekak sekarang ni mengidam benda manis-manis.  Lain sikit yang kebiasaan ngidam makan best-best western bagai tu. Mungkin ada perubahan dalam diri ni sebab tu ngidam benda lain. Boleh gitu?  Ngeh ngeh



Sejak dua menjak teringin nak sangat makan sagu gula melaka. Seperti biasa kalau mengidam wajib ler menggunakan khidmat encik google yang hensem lagi kacak bergaya. Terliur sorang-sorang. Search resepi ya ampun senang betul. Mula la terpikir nak buat sendiri.


Sabtu baru lepas berbuka dekat rumah kaklong.  Siap request nak sagu gula melaka. Hehehe.. Seronok main request ni. 😆

Sagu
Gula melaka
Susu cair


Biasa balik kerja akan singgah kedai cikngah beli kuih pulak tu ada sagu gula melaka. Sedap! Makan sejuk-sejuk lepas terawih makan.  Pergh nyaman betul rasa. Enak bangat dong!


Ngidam jek terus dapat dua kali.


Friday, 26 June 2015

Roti rentung

Biasa buat roti bakar pakai roti plain yang tu tak sedap. Sapu majerin ke kaya ke jem ke baru sedap. Leceh.  Nak yang dah siap bakar terus ngap. Kalau nak senang macam tu pakai roti gardenia buttersotch.


Pakai roti ni kompem sedap lepas bakar takya sapu tu sapu ni. Terus ngap!


Hari tu buat la bakar dua kali. Sekali bakar macam tak nampak garing. Pusing la roti untuk masak kali kedua sekali hamek ko!




Nasib rasa pun tak rentung sedap jek makan rasa manis-manis dia tu.  Yelah kan guna roti buttersotch. Disebabkan malas nak bakar lagi jadi makan jek la yang rentung nasib la sedap.



Thursday, 25 June 2015

bubur lambuk masjid Pontian


Macam dah jadi kemestian pulak tahun nie setiap hari mesti ambil bubur lambuk dekat masjid Pontian. Tahun lepas takde pulak teringin ke niat nak ambil hari-hari tu takde la pulak. Tahun ni jek. Mungkin sebab cara dorang masak bahan cukup tu yang mama suruh bawak hari-hari. Macam semalam menu berbuka makan bubur lauk (ikan kicap, sayur kobis goreng, telur masin dengan kacang ikan bilis masak sambal) bawa bubur lambuk mama siap cakap yang nie bagi pakcik ko eh esok ko bawa bubur lambuk tau. Iye ma... =)

Wednesday, 24 June 2015

ikat rambut



Memang jenis keturunan rambut tebal, mengerbang dan keras.  Mama dengan papa dulu rambut macam tu. Jenis rambut copy paste.  Hehehe.


Jadi kalau beli ikat rambut kena tengok dulu jangan main beli jek nanti tak tahan lama. Macam haritu beli dekat kedai rm2 dapat banyak tapi biasa la benda murah ikat rambut jadi cepat kembang. Disebabkan sayang nak buang jadi guna la 3 ikat rambut sekali baru rambutnya tak londeh jek. Kalau buat ikat bun yang macam roti tu boleh tahan lama tapi dengan syarat pakai 3 sekali.


Kalau beli sepit rambut pun cari yang besar kalau beli kecil memang tak cukup sepit tu nak mencengkam rambut.


Sebernarnya rambut tebal ni susah nak jaga. Kalau jenis yang cepat berpeluh kulit jadi tak selesa jadi kena kerap cuci.  Bila cuci rambut lambat kering bagi yang rambut panjang.


Macam aku sendiri takkan cuci hari-hari dalam dua hari sekali. Sebenarnya boleh jek cuci hari-hari tapi rambut cepat kering lepastu syampu cepat habis. Ah! Tak larat asik nak beli syampu jek. Duit gaji habis dekat syampu jek.


Jadi wajib la bersyukur rambut tebal ke nipis ke.  Janji rambut sihat. =)

Tuesday, 23 June 2015

walker baby

Dua-dua anak buah kesayangan cik nuyul. Sorang lahir jek tembam bila dah besar sikit kurus.  Sorang lagi lahit jek kurus slim bila dah besar sikit tembom sangat!


Adelia lahir dulu seminggu lepastu baru hasya. Dorang sebaya beza 7 hari. Dua-dua cik nurul sayang. Tapi cik nurul selalu jumpa hasya sebab duduk dekat rumah tokmak tokpak. Adelia jarang jumpa sebab duduk dekat sepang sana.


Semalam wasap group family kebetulan hasya dengan adelia duduk dekat walker baby. Nak tengok?


Hasya badan makin susut sebab baru baik demam. Tak suka duduk rumah suka jalan-jalan luar rumah. 

Adelia kus semangat. Budak baik ni tak banyak ragam kalau senyum manis jek sebab ada lesung pipit. 



Tahun ni beraya maybe budak dorang nie takde. =)

Sunday, 21 June 2015

3 tahun bekerjaya

Habis belajar diploma l tahun 2012 pertengahan tahun. Menganggur dalam 2 bulan lebih macam tu member kol ada nak pakai orang bahagian designer ( bunyi nampak gempak tapi habuk pun tara sebab tak ada pengalamam) dekat kawasan nusajaya sana. Kilang la tapi. First time kena interview kaku weh kaku. Tanya member apa interviewer tu tanya,  tak ada apa sangat just simple question (simple sangat la question tu) Aku siap terpinga-pinga balik-balik bagi jawapan yang sama. Sendu betul rasa time tu. Penyudahnya orang tu tarbiyahkan ku. Hahahaha.. Kompem tak dapat!  Sejam juga la kena tarbiyah. Orang tu pun paham aku takde pengalaman langsung and first time kena interview siap bagi nasihat bagai kalau lepas ni kena interview. Reject!!


Nganggur untuk beberapa hari. Dapat lagi interview tempat lain. Kalini dekat area tampoi bahagian drafter. Yang nie sempoi sikit takde la tanya soalan kejam sangat tanya benda yang aku tau. Pandai autocad okeh la. Bila dia bincang bab gaji (kira dapat la tu) tapi tunggu dia kol dulu. Selang beberapa hari dapat kol mengatakan dapat kerja YEAY!! terus lompat bintang empat poloh kali. Hahahaha.. Tipu jek. Terus bagitau papa dengan mama dapat kerja tapi mintak tangguh lepas konvo takde la nanti masuk keje mintak cuti nak konvo. Macam tak best pulak kan jadi mintak tangguh. Bermula la pengalaman pertama pada tahun pertama. Berulang alik pontian tampoi.  Ku gagahi juga untuk sesuap nasi. Permulaan tu semuanya okeh tapi bila masuk bulan seterusnya jadi tak best. Suasana dah jadi lain. Gaji masuk lambat.. Paling lambat 7hb lepastu kalau boleh muka ni asik nak kelat jek.  Perasaan jadi tak seronok kerja situ. Bertahan la selagi boleh tahan. Bila nak hampir setahun tu ofismate sibuk cari kerja lain. Dah maklum siap-siap "kalau kau dapat kerja lain aku ikut berhenti kerja". Jadi dalam bulan 11 tahun 2013 berhenti kerja.


Sebenarnya dalam awal ke pertengaham tahun 2013 ada pergi interview kerajaan tapi tak dapat feedback pape beranggapan tak dapat la tapi rezeki tu memihak pada aku. Berhenti bulan 11 dapat surat tawaran kemasukkan 1.1.2014. Alhamdulillah. Nak dekat setahun juga la tunggu rezeki ni. Tahun ni tahun kedua.


Banyak perbezaan kerja dulu dengan sekarang dan banyak keburukan dan kebaikannya. Dua-dua tu aku yang rasa sendiri.


Dulu masa belajar sibuk tak sabar nak habis belajar nak kerja nak pegang duit sendiri tapi sekarang perasaan tu macam terbalik pula belajar lagi best dari kerja sebab tekanan kerja lagi padu dari belajar. Macam orang dulu cakap hargai masa waktu belajar nanti dah kerja tak dapat macam nie da.  Ternyata kenyataan tu betul!!



Thursday, 18 June 2015

Anak buah

Anak-anak cik nuyul makin tahun makin bertambah.  Kadang cik nuyul pening bila semua balik.  Pening sebab rumah macam taska. Tu belum pening duit raya lagi. Nangis sorang-sorang tepi bucu. Wuwuwuwu..


Tahun ni dah tambah sorang si hasya nade dengan adelia cantik tahun depan tambah lagi sorang. Anak buah cik nuyul untuk tahun ni semua ada 8orang. Tahun depan dah 9orang. Eh mana tahu tahun depan boleh jadi 10orang kan. Mana tau la kan. Doakan jek laa..


Adelia

Anen

Abang adif
Hasya
Kakak hairah

Anis
Arif

Amir

Buka puasa hari pertama

Tahun nie buka puasa macam sendu sikit sebabnya hari pertama anak-anak tak balik yang ada anak dekat rumah jek ni hah.  Aku la teww.. Sape lagi la kan.

Tadi buka puasa cuma ada mama,  papa dan aku.

Lauk pun simple sahaja. Nasi panas, udang sambal, sayur goreng, ikan kering dengan sup ikan. Semua masih panas. Oh dengan teh o panas.

Esok kak long balik. Sabtu dayah balik.  mungkin ahad teha balik. Meriah sikit rumah ni. Dah ada permintaan.  Esok nak buat popia sayur.

Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadhan

Alhamdulillah dapat merasa lagi berpuasa di bulan ramadhan.

Hari ini puasa ke tidak?  Hehehehe.. Yang lelaki jangan mengada nak ponteng bagai.  DOSA tau! Yang perempuan datang bulan tu dah boleh standby makanan dekat laci ofis masing-masing nanti senang perut bunyi terus ngap!  Kalau dekat rumah siap masak time tengahari.  Amboi-amboi.. Kemain ajar orang bagai yek.. Mihmihmih

Kesempatan ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan,  selamat berpuasa,  selamat bangun sahur, selamat meningkatkan amalan pahala,  selamat menahan diri dari pembaziran dan yang paling penting selamat KURUS!  itu sebenarnya kata semangat untuk diri sendiri tu.

Tahun ni lain dari yang lain. Lain dari tahun sebelumnya. Tahun ni kena lagi happy. =)

Family Day - karaoke (Final part)

Ini entry last pasal family day tau.  Hehehe..

Lepas dah kekenyangan melantak bermacam jenis makan apa lagi karaoke la apa lagi!

Melalak la bagi yang berbakat. Karaoke jenis yang masuk token.  Seringgit satu token.  Tak lama pun sebab chalet ada orang lain juga kang lewat sangat mengganggu orang lain pula. Sebelum pukul 12tengah malam dah stop.

Family Day - BBQ (Part 5)

Lepas mandi kolam berehat dulu sebab malam karang ada aktiviti bbq. Sewa tempat untuk bbq pinggan mangkuk cawan meja kerusi semua rm100 tapi barang kita orang pun ada topap sebab tak cukup.

Dari start sarapan pagi makan tengahari kita orang pakat-pakat bawa makanan masing-masing jadi bila barang untuk bbq pun pakat bawa masing-masing.

Jadi agihkan macam ni, 3keluarga bawa ayam setiap 2ekor,  1keluarga bawa ikan sotong dsb, 1keluarga bawa minuman dan buahan. hati lembu paru makda bawa. Jagung dan terung keluarga aku. Baked potato dengan homemade sos blackpaper keluarga makwa bawa.

Lepas maghrib orang lelaki dah turun bawah untuk seisi membakar. Part ni la paling seronok sangat sebab lambakkan makanan semuanya sedap-sedap belaka.

Tengah sedap menjamu selera tiba-tiba dengar orang nyanyi lagi selamat harijadi.  Hehehe.. Sambut birthday yang lahir bulan 5. 

Bersambung...

Tuesday, 2 June 2015

Family Day - Konvoi (Part 2)

Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak buat family day tapi tahun lepas macam-macam hal tak dapat buat tangguh buat tahun ni.

Plan dari bulan satu tapi biasa la buat time cuti sekolah kompem penuh tapi dapat juga tempat tu hah mersing sana.  Jauh.  Perjalanan makan masa dalam 4jam lebih macam tu termasuk berhenti sarapan dekat hutan lipur.  Nanti cerita.

Berkonvoi dari pontian 4 kereta. Paklong, makdah, makngah dengan pakusu. Dari jb 3 kereta. Makwa,  alip dengan abang arip.  1 kereta dari sepang. Abangah. Jadi total semua 8 kereta. Tu tak semua yang dapat join kalau semua join lebih 10 biji kereta gamatnya.

Berjanji gerak pukul 6.30 tapi 7.30 baru gerak betul berkumpul dekat rumah makdah.

Bersambung....

Family Day - Endau Beach Resort (Part 1)

Setelah sekian lama akhirnya bertarikh 29.5.2015 hingga 30.5.2015 dua hari satu malm bertempat di Endau Beach Resort,  Mersing Family Day keluarga Talib dan Kuntum belah mama


Bersambung..

Monday, 1 June 2015