Wednesday, 17 June 2015

Family Day - BBQ (Part 5)

Lepas mandi kolam berehat dulu sebab malam karang ada aktiviti bbq. Sewa tempat untuk bbq pinggan mangkuk cawan meja kerusi semua rm100 tapi barang kita orang pun ada topap sebab tak cukup.

Dari start sarapan pagi makan tengahari kita orang pakat-pakat bawa makanan masing-masing jadi bila barang untuk bbq pun pakat bawa masing-masing.

Jadi agihkan macam ni, 3keluarga bawa ayam setiap 2ekor,  1keluarga bawa ikan sotong dsb, 1keluarga bawa minuman dan buahan. hati lembu paru makda bawa. Jagung dan terung keluarga aku. Baked potato dengan homemade sos blackpaper keluarga makwa bawa.

Lepas maghrib orang lelaki dah turun bawah untuk seisi membakar. Part ni la paling seronok sangat sebab lambakkan makanan semuanya sedap-sedap belaka.

Tengah sedap menjamu selera tiba-tiba dengar orang nyanyi lagi selamat harijadi.  Hehehe.. Sambut birthday yang lahir bulan 5. 

Bersambung...

No comments:

Post a Comment