Sunday, 9 August 2015

KMJ

KMJ dengan nama sinonimnya Kembara Mahkota Johor. hari ini lah hari nya. Nasib baik duduk ofis tak kena pergi padang. Tapi pergi padang pun best juga boleh tengok suasana orang ramai.. Hehehe..




Wednesday, 5 August 2015

Penghujung dunia

Nama jek duduk dekat pontian. Penghujung dunia tanjung piai pun tak pernah jejak. Kesian nauzubillah. Patut la orang keliling tak pernah terserempak aku dekat luar. Tak pernah okeh tak pernah. Balik kerja duduk rumah esoknya ulang benda yang sama. Takdan nak melagoh benda tak berfaedah (jadah punya ayat. Hahaha)


Haritu gara-gara nak makan seafood ikut saje la ude bawa. Maka sampai jua kaki ku ke penghujung dunia. Fuhh! Bangga sikit.


Mari bergambar!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Sebenarnya gambar dah terdelet. Korang boleh search terus yek. Hahahah
 Kbai

Tuesday, 4 August 2015

Masih beraya





Bulan syawal tinggal minggu depan sahaja open house masih rancak. Tahun ni suasana raya lain sikit maksudnya orang datang raya kurang. Kanak - kanak takde datang pun. Tapi bagus la takya susah - susah nak basuh cawan. Mihmihmih.


Hari isnin lepas ada buat makan - makan tapi bukan open house tau saje ajak budak ofis datang rumah makan tengahari. Alhamdulillah boleh dikatakan ramai juga yang datang. Terima kasih yang sudi hadir.


Menu nasi hujan panas dengan laksa johor. Sedap belaka. Hikhikhik.


Dorang datang runcit - runcit. Yang kerja luar dorang datang pukul 12 lebih macam tu yang kerje ofis datang pukul 1 time rehat. Suka tengok dorang makan berselera. 2 lebih cikmas datang dengan nabihah lepas tu sebelum asar kaksu pulak datang lepas asar abang munir datang tapi tapau nek sebab dia puasa dan lepas maghrib sorang lagi sahabat datang. Ada bungkus untuk member yang tak dapat datang sebab puasa. Makanan ngam - ngam ada la balance sikit tak banyak buang.


Walaupun hanya jemput orang tertentu rasa badan penat juga sebab nak kemas rumah pagi tu nak tolong masak lagi. Buat kerja berdua jek. Minggu depan geng ngaji mama nak datang. Kena ambil cuti ni minggu depan. Hehehehe...


Monday, 3 August 2015

Movie

Minggu lepas hari khamis tengok wayang. Dah lama sangat tak tengok wayang dan tak pernah - pernah tengok wayang dua cerita sekali arung. Biasa satu cerita tapi haritu dua cerita. Ant - man dengan mission impossible.

Saje request nak tengok dua cerita sekali betul - betul tunaikan permintaan main - main tu. Hehehe...

Ant - man pukul 5.50 kalau tak silap. Seat biasa. Sejuk ya amat dalam tu. Lepaa habis tu dalam 7 lebih terus cari makan. Tengahari tak makan. Lapar. Dalam wayang tak beli apa sebab tengok cerita terus nak makan. Makan dekat black canyon. Dah lama tak makan situ tekak teringin nak makan tomyam dia.


Black canyon coffee ada biskut dengan teh hijau


Makanan sampai makan pun tak boleh nak feeling sangat sebab makan yang berkuah panas berasap lepastu nak kejar next movie pulak pukul 8.40. Makan pun bergolot. Nangis langit - langit i tau makan panas pedas tu. Sob sob

Lepas makan 8 50 naik atas balik. Amek beanie seat punya. Selesa habis perut kenyang silap - silap boleh tidur nasib baik tak. Hehe..


Sejuk kali kedua.



Pusing - pusing bandar jap terus balik rumah. Sampai rumah pun dah lambat sangat.


Jumaat ni nak tengok wayang lagi. Tak sabarnya!