Monday, 18 December 2017

Makanan dan Biskut Iman

Masa Iman nak masuk 6bulan punya la umi eksited google nak bagi first meal untuk anak bujang sorang tu. Senang cerita semangat habis la nak masak untuk Iman. Bila masuk 6bulan jek perasaan eksited tu jadi buntu sebab Iman taknak makan.


Mak-mak jek tahu perasaan aku macam mana. Yang tak kawen tak ada anak lagi duduk diam-diam jek jangan jadi makcik bebawang. haha!!


Suka buat muka loya nak muntah dia tu. Buat puri, buat muka. Bagi buat gigit buah, buat muka loya. Macam-macam juga mencuba buat tu buat ini sama jek buat muka taknak. nyampah tau Iman ni!! hehehe..


Bila dah banyak bulan baru la boleh makan. Tapi tak banyak pun..sikit jek makan. Buat bubur kena ada rasa garam sikit kalau tak ketip bibir dia. Sekarang dah 10bulan lebih dah pandai makan. Makan pun memilih sikit. Iman lebih suka yang sup. Yang berkuah lah senang cerita. Yang tu laju jek makan siap bertambah lagi.




Bila Iman suka makan sup atau berkuah memasng umi masak pasta jek la buat makan dekat rumah pengasuh. Makan laju. Campur dengan sayur apa yang ada jek. Kadang letak ayam. Laju makan. Ada juga beli pasta untuk baby.








Yang ini Iman paling suka. Boleh beli dekat facebook. Harga murah jek. Nasib Iman suka takde la bazir jek beli. Ini pun pasta dah habis kena beli lagi.


Kalau jenis biskut dah macam-macam beli, macam-macam bentuk. Iman suka makan sebab biskutkan kalau gigit bunyi rangup ada gigi banyak memang best la dia makan tapi Iman cepat jemu. huhu..






fav Iman biskut bokoli tu. Orang tua makan pun suka sebab rasa dia sedap. Paling suka dan paling mahal antara yang lain okeh. Jusco jek ada jual harga tak ingat berapa pulak. Takpelah anak kalau dah suka umi beli jek janji Iman makan.

Seminar "Penyusuan Tanpa Supplememt" by Asiah Maharam

Ingat tak pasal entry sebelum ni? Apa, tak tahu? Boleh scroll la tengok entry sebelum ni. Hehehe...


Siapa pernah dengar atau kenal sis Asiah Maharam. Ada tak? Ada tak? Kalau ada sila angkat tangan.. heheheh..macam nampak jek kan.


Kalau uolls kenal bagus la. Kalau tak kenal, rasa nak kenal tak?



 Fb : Asiah Maharam
Instagram : asiahmaharam



Haritu join seminar dia memang best. Bawa Iman sekali tapi banyak layan Iman jek la. Huhuhu..tapi masih mendengar yek apa yang disampaikan. Bayaran RM120 tapi sekarang dah naik rasanya dan nota dia pun dah cantik tak macam aku pergi seminar hanya fotostat jek nota dia and catit mana yang penting jek. Tapi nota sekarang dah lengkap semua nya cuma pahamkan jek teknik dia.


BEST!! sebab apa best? sebab dari kosong ilmu bila join seminar ni terus banyak ilmu tau. Dari segi pemakanan, teknik pump sambil df, pemilihan corong pump, jadual pump n macam-macam lagi. ada satu slot air mata dan ada slot tunjuk teknik yang betul secara berdepan. Rasa berbaloi bila join seminar penyusuan tanpa supplement. Kiranya zero to hero la. hehehe..


Mesti pelik kan nak kena jaga makan jadual la apa la..Ye! semua tu berkait rapat yek. Pernah langgar pantang larang. ais minum, kafien minum, pedas cili padi makan, waktu pump tak follow, hah hamek ko drop terus susu dari sebelumnya dapat 8oz-10oz terus turun dari 3oz-4oz. Mula la drama dengan suami susu drop apa semua, kena marah balik ek. huhuhu.. 


Sekarang ni tengah merajinkan balik yang tak berapa rajin ni kejar balik oz sebelum ni. Kalau tak memang semput nak kumpul stok Iman. Iman dah 10 bulan lebih dah makan boleh la cover stok susu walaupun Iman lebih suka susu dari makan. Memang tau susu badan ni ubat segala penyakit. Iman dah 10 bulan 2kali jek demam itu pun kejap jek baik. Demam nak mintak upah agaknya.






Bila dah berjaya mula la ada yang dengki sana sini. Diburukkan difitnah dan macam-macam lagi kena tapi coach Asiah tetap berdiri teguh sebab nawaitu dia tu yang sangat utuh untuk mempertahankan perjuangan susu tanpa supplement. Bukan mudah nak mudah yek. Pasti ada halangan dan cabaran. Chaiyok coach!! kita sama-sama berjuang


Berdoa sangat agar rezeki Iman melimpah ruah sampai 2tahun. Niat umi dah ada tapi rezeki tu Allah yang tentukan. Moga ada lah rezeki Iman. Minta yang baik insyallah dapat yang baik. Amin. Dalam niat yang baik ni ada jek orang keliling mempertikaikan "kenapa tak bagi susu tin?' rasa macam nak dush! dush! jek muka tu. huhuhu..


Cara yang berbeza niat yang sama, aku memilih untuk menyusu tanpa supplement. Korang??

Monday, 11 September 2017

Tak sabar sangat!!

Haishh..apa la tu tak sabar sangat ek? Huhu


Tak sabar untuk hari sabtu ni. Ada seminar "Penyusuan tanpa supplement" hehehe.. tak sabar sangat seh. Tak sabar nak naikkan kuantiti susu badan untuk Iman. Kalau korang ada follow asiah maharam dekat fb tau la beliau ni siapa. Bukan calang-calang orang okeh. Hee..


Nak cari ilmu, nak tambah ilmu.


Nak cerita sedikit la pasal dah start jadi mak-mak ni kan, macam-macam perkara dengar, macam-macam pengalaman dilalui. Senang cerita bermacam-macam la ada. Hehe.. masa mula-mula jadi seorang emak ni kan memang kekok sangat bab nak menyusukan anak. Yelah sebelum ni tolong jaga anak buah takde rasa apa la tapi bila ada anak takde rasa janggal sangat. Alah setakat mandi tukar lampin basuh berak apa la sangat. Petik jari jek setel! Tapi bila bab menyusu badan ni memamg sangat drama.


Pada awal-awal kelahiran Iman, Iman memang tak pandai direct sebab masa Iman lahir dia kena tahan NICU so tak dapat direct. Susu pun minum susu hospital. Bila dah balik rumah memang dah nekad kan "aku nak susukan Iman sampai 2tahun".


Jadi bermula la drama king air mata bagai bila dah sampai rumah. Hohoho... disebabkan Iman tak pandai direct dan susu asik membengkak terpaksa la pump setiap dua jam selepas Iman minum susu melalui botol. Korang bayangkan la betapa penat dan strugglenya aku mengepam susu dua jam sekali. Boleh bayangkan la bila waktu malam aku kena bangun dua jam sekali. Sekali pump bukan la banyak dapat. 2oz macam tu. Hampir sebulan juga la aku merana. Boleh bayangkan tak?? HAHAHAHA!


Sampai mak aku tegur muka pucat lesu tak cukup rehat tak cukup tido. Tapi nawaitu tu ada memang kena sekuat-kuatnya hati ni. Seminggu bersalin suami ada boleh la tolong bangun pagi-pagi tolong bagi susu bila suami dah kerja berhuhuhuhu jek la..


Korang mesti tertanya kan kenapa beriya sangat bagi la fm. Apa susah. Kan dah bagitau "nawaitu" paham dak? Hahhaha...


Berusha juga la pujuk Iman pelan-pelan mintak Iman susu badan terus (direct). Usaha tetap usaha berdoa pun yek juga. Sampaikan satu hari tu mak aku memamg buat aku terbakar hati, boleh pulak dia cakap macam ni "KITA TENGOk SAPA KALAH SAPE MEMANG". Time tu macam menyambar-nyambar api memang kena menang juga. Apa punya statement mak aku ni. Nyirap pulak.


Terpikir gak kalau aku kalah aku juga susah. Maksud susah tu nak kena bawak tarmos lagi..nak bawak cooling bag lagi..nak kena bawak pump lagi..tarmos kalau bawak, kalau air panas abis macam mana kan. Celah bedah mana nak dapat air panas. TAPIII...kalau aku memang senang jek nyorok-nyorok selak terus sumbat. Hah!! Setel!!


So dengan statement mak aku aku memang kena menang walau macam mana cara pun. KENA MEMANG. sampailah satu hari tu macam keajaiban betul Iman pandai terus direct. Perrrrgghh..di punya gembira tu siap tunjukkan suami yang Iman pandai direct da. Seronok yak amat hokeh!!! Dan terus la pandai sampai sekarang...tq Iman. Iman memang budak yang baik.


Dan sekarang senang bila malam Iman merengek jek takya nak bangun duduk sambil susukan Iman sebab dua-dua dah pandai susu sambil baring. Bravo!! Plis clap ur hand for me. Hikhikhik.


Thank Iman dah senangkan keje ummi. Dan dah tolong ayah jimatkan duit susu. Berjalan pun dah senang. Kalau dekat public pun senang sebab memang ada beli nursing cover. Takde la drama anak beranak lagi. Semuanya dipermudahkan dengan izin-Nya. Alhamdulillah syukur sangat.


Iman makin besar makin kuat susu. Makin suka makan. Hah bab makan dengan tumbuh gigi nanti cerita kemudian eh.


Macam panjang sangat pulak bebel. Hehe. Itu la sikit cerita pengalaman aku sebagai mak. Ikutkan panjang jek lagi nak bebel tapi cukup la. Pengalamam setiap orang berbezakan? Share la sikit.


Pape pun memang tak sabar sangat hari sabtu ni. Adoii nape la lambat sangat ni.. cepat la..cepat la..

Monday, 7 August 2017

Happy 6th months Muhammad Iman Kaafi

Dah 6bulan dah anak ummi ni. Kejap jek rasa. Macm baru jek meneran keluarkan awak Iman.


6bulan ni baru la berani nak bagi makan kalau tak, memang fully susu jek. Ramai juga la orang keliling suruh bagi makan tapi tetap juga nak Iman 6bulan baru nak bagi.


Bagi makan pun start bagi buah. Tapi tu la Iman macam taknak pulak makan. Bagi makan diluehkan balik. Tapi kalau ummi dia makan dia pun sibuk nak makan juga. Huhuhu..


Ni tengah try n error. Bagi carrot dia tolak. Bagi kentang dia tolak. Bagi avocado dia tolak. Bagi labu dia tolak. Huhuhu. Nanti try bagi buah pear pulak. Kalau tak boleh juga dah boleh nangis bucu katil. Hahahaha


Buat puri dua tiga suap jek lepastu di tolak. Bagi dalam tempat dia gigit-gigit pun berap kali jek lepastu dia buat main. Huhuhu..








Takpelah anak..pelan-pelan kayuh k. Ummi cuba cari apa yang awak suka makan k. Hati ni tak boleh give up sebab masa Iman tak pandai direct hati tekad nak dia direct tapi bila Iman dah boleh makan ummi pun tak boleh give up juga la kan kan kan. Hehehehehe..


Chaiyok chaiyok ummi!! 💪💪

Sunday, 30 July 2017

Pipi pau Iman gendut

Mari la kawan-kawan tengok pipi pau kita








Geram tak tengok?


Ummi selalu gomol pipi kita habis lunyai. Ummi cakap best. Sebab tu ummi bagi susu badan secukupnya. Huhuh

Friday, 14 July 2017

JBorn Cafe & Bistro

Dekat fb selalu gak nampak JBorn Cafe & Bistro ni. Tak terpikir pulak nak ke sana nak cuba menu dia. Tapi semalam pergi johor shooping barang Iman banyak barang dah habis macam pampers, tisu basah disney, plastik storage bag dengan beli beli baby carrier.


Malam tu dua-dua buntu tak tau dekat mana. Last-last suami suruh kol dayah makan malam sama. Mula-mula nak ajak pergi Sayam tapi abang ipar ajak pergi tempat yang dia rasa makanan dia best.


Jadi semalam ke JBorn Cafe & Bistro la.


Beef nachos ni best 👍

Harus la wastern juga. Chicken fried chop


Okeh gak la menu dia. Portion dia agak besar juga la. Harga takde la mahal sangat semua dengan portion dia. Lokasi dekat Kempas. Boleh google ek kalau nak kesana.


Wednesday, 5 July 2017

Susu drop

Time raya ni memang takde pantang larang. Semua benda nak dibedal

Pedas nak makan
Air gas nak minum
Air sejuk nak bedal

Air masak kurang minum
Kontrol kuantiti nasi

Semua tu nafsu. Semua nak. Lepastu jadi macam ni la



Biasa pagi boleh dapat 8oz takpun paling sikit 7oz tapi pagi tadi 5oz jek. Mula drama dengan suami susu sikit. Lepastu kena bebel bertepek-tepek. HAHA!!

Lepasni kena pantang balik.

Sunday, 2 July 2017

Fully breast feed

Sejak dah jadi mak ni kena tambah satu aktiviti wajib iaitu pump. Hahaha..

Iman sekarang fully bf. Takde campur formula. Jimat habis bab susu Iman tapi pampers dia idok le jimat.

Dulu masa zaman gelap masa awal-awal ada Iman seketoi memang drama bucu katil umi awak ni Iman. Gara-gara eksen tak nak direct drama air mata yang keluar tau. Betul-betul kena buli dengan Iman seketoi ni. Nasib la hati umi ko ni kental nak oii. Sekali Iman seketoi pandai nyot-nyot habis taknak lepas. Melekap habis. Sob sob.

Disebabkan memang taknak bagi atau campur formula jadi waktu keje wajib la curi masa pagi dengan petang setengah jam untuk sekali pump untuk stok Iman seketoi dekat rumah pengasuh.

Alhamdulillah rezeki Iman seketoi memang dekat susu badan. Sebelum ni ada juga la ambil milkbooster untuk tambahkan kuantiti susu tapi bila pikir balik macam bazir jek duit beli semua tu. Last-last stop terus walaupun memang melimpah ruah susu. Asik membengkak jek. Jadi buat secara neutral untuk dapatkan susu badan dengan cara kerap pump, jaga makan, banyak minum air masak.

Masa puasa haritu dapat 8oz pada sesi pagi. Petang dapat dalam 6oz sebab puasakan jadi makan tak tapi susu kena keluarkan.






Bila pump dapat banyak macam ni senyum sampai ketelinga tau dak. Sebab Iman boleh kenyang dekat rumah pengasuh.

Cuti raya ni memang stok pump. Direct terus. Takde masa nak pump bagai.

Selalu doa biar la rezeki susu badan ni sampai 2 tahun. Usaha dan tawakal.

Untuk ibu-ibu yang still bf ayuh la kita perjuangkan pengorbanan kita untuk anak.

Saturday, 1 July 2017

Syawal 2017

Salam syawal dari kami sekeluarga

Tahun lepas bertiga Iman dalam perut ummi lagi




Tahun ni bertiga sebab ada seketoi Iman dah keluar dari perut ummi.


Tahun depan?? STILL BERTIGA LAGI!!! hahaha...


Kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami Alif sekeluarga.