Monday, 11 September 2017

Tak sabar sangat!!

Haishh..apa la tu tak sabar sangat ek? Huhu


Tak sabar untuk hari sabtu ni. Ada seminar "Penyusuan tanpa supplement" hehehe.. tak sabar sangat seh. Tak sabar nak naikkan kuantiti susu badan untuk Iman. Kalau korang ada follow asiah maharam dekat fb tau la beliau ni siapa. Bukan calang-calang orang okeh. Hee..


Nak cari ilmu, nak tambah ilmu.


Nak cerita sedikit la pasal dah start jadi mak-mak ni kan, macam-macam perkara dengar, macam-macam pengalaman dilalui. Senang cerita bermacam-macam la ada. Hehe.. masa mula-mula jadi seorang emak ni kan memang kekok sangat bab nak menyusukan anak. Yelah sebelum ni tolong jaga anak buah takde rasa apa la tapi bila ada anak takde rasa janggal sangat. Alah setakat mandi tukar lampin basuh berak apa la sangat. Petik jari jek setel! Tapi bila bab menyusu badan ni memamg sangat drama.


Pada awal-awal kelahiran Iman, Iman memang tak pandai direct sebab masa Iman lahir dia kena tahan NICU so tak dapat direct. Susu pun minum susu hospital. Bila dah balik rumah memang dah nekad kan "aku nak susukan Iman sampai 2tahun".


Jadi bermula la drama king air mata bagai bila dah sampai rumah. Hohoho... disebabkan Iman tak pandai direct dan susu asik membengkak terpaksa la pump setiap dua jam selepas Iman minum susu melalui botol. Korang bayangkan la betapa penat dan strugglenya aku mengepam susu dua jam sekali. Boleh bayangkan la bila waktu malam aku kena bangun dua jam sekali. Sekali pump bukan la banyak dapat. 2oz macam tu. Hampir sebulan juga la aku merana. Boleh bayangkan tak?? HAHAHAHA!


Sampai mak aku tegur muka pucat lesu tak cukup rehat tak cukup tido. Tapi nawaitu tu ada memang kena sekuat-kuatnya hati ni. Seminggu bersalin suami ada boleh la tolong bangun pagi-pagi tolong bagi susu bila suami dah kerja berhuhuhuhu jek la..


Korang mesti tertanya kan kenapa beriya sangat bagi la fm. Apa susah. Kan dah bagitau "nawaitu" paham dak? Hahhaha...


Berusha juga la pujuk Iman pelan-pelan mintak Iman susu badan terus (direct). Usaha tetap usaha berdoa pun yek juga. Sampaikan satu hari tu mak aku memamg buat aku terbakar hati, boleh pulak dia cakap macam ni "KITA TENGOk SAPA KALAH SAPE MEMANG". Time tu macam menyambar-nyambar api memang kena menang juga. Apa punya statement mak aku ni. Nyirap pulak.


Terpikir gak kalau aku kalah aku juga susah. Maksud susah tu nak kena bawak tarmos lagi..nak bawak cooling bag lagi..nak kena bawak pump lagi..tarmos kalau bawak, kalau air panas abis macam mana kan. Celah bedah mana nak dapat air panas. TAPIII...kalau aku memang senang jek nyorok-nyorok selak terus sumbat. Hah!! Setel!!


So dengan statement mak aku aku memang kena menang walau macam mana cara pun. KENA MEMANG. sampailah satu hari tu macam keajaiban betul Iman pandai terus direct. Perrrrgghh..di punya gembira tu siap tunjukkan suami yang Iman pandai direct da. Seronok yak amat hokeh!!! Dan terus la pandai sampai sekarang...tq Iman. Iman memang budak yang baik.


Dan sekarang senang bila malam Iman merengek jek takya nak bangun duduk sambil susukan Iman sebab dua-dua dah pandai susu sambil baring. Bravo!! Plis clap ur hand for me. Hikhikhik.


Thank Iman dah senangkan keje ummi. Dan dah tolong ayah jimatkan duit susu. Berjalan pun dah senang. Kalau dekat public pun senang sebab memang ada beli nursing cover. Takde la drama anak beranak lagi. Semuanya dipermudahkan dengan izin-Nya. Alhamdulillah syukur sangat.


Iman makin besar makin kuat susu. Makin suka makan. Hah bab makan dengan tumbuh gigi nanti cerita kemudian eh.


Macam panjang sangat pulak bebel. Hehe. Itu la sikit cerita pengalaman aku sebagai mak. Ikutkan panjang jek lagi nak bebel tapi cukup la. Pengalamam setiap orang berbezakan? Share la sikit.


Pape pun memang tak sabar sangat hari sabtu ni. Adoii nape la lambat sangat ni.. cepat la..cepat la..

No comments:

Post a Comment