Sejak dah jadi mak ni kena tambah satu aktiviti wajib iaitu pump. Hahaha..
Iman sekarang fully bf. Takde campur formula. Jimat habis bab susu Iman tapi pampers dia idok le jimat.
Dulu masa zaman gelap masa awal-awal ada Iman seketoi memang drama bucu katil umi awak ni Iman. Gara-gara eksen tak nak direct drama air mata yang keluar tau. Betul-betul kena buli dengan Iman seketoi ni. Nasib la hati umi ko ni kental nak oii. Sekali Iman seketoi pandai nyot-nyot habis taknak lepas. Melekap habis. Sob sob.
Disebabkan memang taknak bagi atau campur formula jadi waktu keje wajib la curi masa pagi dengan petang setengah jam untuk sekali pump untuk stok Iman seketoi dekat rumah pengasuh.
Alhamdulillah rezeki Iman seketoi memang dekat susu badan. Sebelum ni ada juga la ambil milkbooster untuk tambahkan kuantiti susu tapi bila pikir balik macam bazir jek duit beli semua tu. Last-last stop terus walaupun memang melimpah ruah susu. Asik membengkak jek. Jadi buat secara neutral untuk dapatkan susu badan dengan cara kerap pump, jaga makan, banyak minum air masak.
Masa puasa haritu dapat 8oz pada sesi pagi. Petang dapat dalam 6oz sebab puasakan jadi makan tak tapi susu kena keluarkan.
Bila pump dapat banyak macam ni senyum sampai ketelinga tau dak. Sebab Iman boleh kenyang dekat rumah pengasuh.
Cuti raya ni memang stok pump. Direct terus. Takde masa nak pump bagai.
Selalu doa biar la rezeki susu badan ni sampai 2 tahun. Usaha dan tawakal.
Untuk ibu-ibu yang still bf ayuh la kita perjuangkan pengorbanan kita untuk anak.
No comments:
Post a Comment